Secangkir Madu dan Buluh Perindu

Blog ini direka sebagai salah satu kontrak pengujian dalam block PBL 4.2 Health System and Disaster. Penulis menggunakannya sebagai wadah perkongsian ilmu, dan merupakan salah satu cara penguatkuasaan peraturan peribadi saya iaitu "sehari belajar satu jam". Hehehehe~

Untuk tujuannya, Blog ini berpengantar bahasa Melayu Malaysia kerana beberapa sebab.

Untuk lebih lanjut, anda boleh merujuk pada mukaddimah "Sekalung Wadah Sebelum Meredah... (';')".

Those who didn't understand what I'm talking about, you can proceed to my introduction in English on the topic "Flower Necklaces at The Entrance" or translate my writing at Google Translator.

Terima Kasih, Thank You Very Much.

Friday, November 19, 2010

L4: Desentralisasi


Gambar Rajah Desentralisasi (kanan) dan Pemusatan Kuasa (kiri)


Desentralisasi? Korang yang kat Malaysia mesti tak pernah dengar pun apa benda alah ni... Kitorang pun baru dengar waktu sampai kat sini. Awal-awal pun kitorang tak tahu sampailah belajar pasal desentralisasi kat sini.

Sebenarnya, kita pernah belajar dengar "desentralisasi" waktu sejarah tingkatan 5 dulu. Cuma lupa sekejap jer. Ingat lagi tak waktu Perjanjian Persekutuan 1896, yang mana kuasa kebanyakan kuasa Residen diberi kepada Residen Jeneral kat KL, tetapi masih tak puas hati ada, sebab kuasa Sultan lebih sedikit berbanding zaman Residen dulu? Lepas tu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan pada tahun 1939, Residen Jeneral pulangkan kebanyakan kuasa kepada negeri kembali. Itu desentralisasi.

Lepas tu, Malaysia ada senarai negeri, senarai persekutuan dan senarai bersama dalam perlembagaan. Bidang-bidang kuasa negeri itulah lebih kurang sama dengan maksud desentralisasi. Ingat Dasar Penswastaan Negara, waktu zaman Dr. Mahathir? Itu pun desentralisasi juga (dalam ekonomi).


Negara Persekutuan atau Kesatuan (Federation or United)
biasanya mempunyai sistem desentralisasi yang ekstensif.

Negara bukan persekutuan seperti Singapura, Vatican City, dsb,
biasanya mempunyai kerajaan pusat yang kuat,
sehingga desentralisasi tidak diperlukan dalam skala yang besar.


Desentralisasi bermaksud pengagihan kuasa atau bidang tugas daripada kerajaan pusat di peringkat persekutuan, kepada strata yang lebih mendekati rakyat.

Terdapat beberapa jenis desentralilasi:

1. Politik
2. Pentadbiran
3. Fiskal
4. Ekonomi


Dalam kuliah, kita ada sentuh mengenai desentralisasi administratif. Terdapat 3 jenis desentralisasi administratif iaitu

i. Dekonsentrasi

Pembahagian semula kuasa mengambil keputusan, kewangan dan pengurusan kepada kerajaan tempatan dengan penyeliaan kerajaan pusat.

Contohnya:
Kementerian Pendidikan menyerahkan beberapa kuasa memutuskan, pengurusan dan kewangan kepada Jabatan Pendidikan Daerah.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor adalah contoh manifestasi desentralisasi menggunakan konsep dekonsentrasi pentadbiran pendidikan awam.


Di Indonesia, Kementerian Kesihatan membahagikan kuasa undang-undang, pengurusan, kewangan dan polisi lokal kepada Dinas Kesihatan sehingga peringkat kabupaten (daerah kalau di Malaysia).


ii. Deligasi

Pembahagian kuasa pengambilan keputusan dan tanggungjawab pentadbiran awam kepada badan-badan berkanun yang tidak dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat. Badan ini dikecualikan daripada sebahagian peraturan perkhidmatan awam, dan mungkin boleh mengambil imbalan daripada perkhidmatan langsung.

Contohnya:

Di Malaysia, contoh badan berkanun paling terkenal adalah FELDA (Federal Land Development Authority/Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) mereka memajukan tanah-tanah di Malaysia Barat dengan skim pernyertaan daripada kaum Melayu termiskin luar bandar. FELDA adalah pengoperasi ladang terbesar di dunia.



FELDA, merupakan agensi kerajaan, produk desentralisasi secara delegasi.
Felda Global Ventures dan Felda Holding merupakan salah satu penswastaan unit dalam agensi kerajaan, contoh desentralisasi ekonomi.



3. Devolusi

menyerahkan kuasa pengambilan keputusan, kewangan dan pengurusan kepada unit quasi-autonomi di peringkat lokal dengan status korporat. Mereka boleh memilih lembaga pengarah atau eksekutif mereka sendiri, bertanggungjawab atas perbendaharaan dorang, dan ada pihak bebas yang membuat keputusan pelaburan.

Contoh:

Susah nak cari contoh devolusi sebenarnya, sebab kerajaan pusat kita kuat sangat. Hanya sebagai contoh, dalam perjanjian 20 Perkara Sabah, prinsipnya menghampiri devolusi.

Matlamat Desentralisasi:

1. Keberkesanan
2. Kecekapan
3. Responsif

Dalam desentralisasi kesihatan, terdapat baik-buruknya.

SUMBER MANUSIA

Pro:
1. Memberikan kekuasaan kepada kerajaan tempatan untuk mengubah peraturan dsb dalam langkah menangani masalah sumber manusia seperti task-shifing.
2. Menggalakkan penyertaan penduduk tempatan dalam kesihatan awam, sebagai sukarelawan, kaki tangan, promoter, pentadbir dan sebagainya.

Kons:
1. Kebarangkalian maldistribusi, kerajaan tempatan di sesuatu tempat mungkin membuat polisi, atau memberi lebih banyak insentif kepada pekerja kesihatan, menarik mereka daripada suatu tempat ke tempat yang lain.
2. Kurangnya pertukaran kepakaran antara lokaliti.

Semakin hampir sesebuah pentadbiran kepada rakyat jelata,
semakin tinggi keterlibatan rakyat setempat dalam proses pentadbiran tersebut
- Gambar sekadar hiasan.


COVERAGE

Pro:
1. Bukti implemantasi di Brazil menunjukkan peningkatan dalam liputan/coverage dalam Ante-Natal Care dan juga immunisasi

PENTADBIRAN

Pro:
1. Transparensi dalam polisi dan pentadbiran.
2. Penglibatan orang-orang tempatan dalam pentadbiran lebih banyak

KEWANGAN

Pro:
1. Transparensi kewangan mengurangkan potensi rasuah
2. Kewangan lebih kecil, mengurangkan kapasiti dan amplitud rasuah.

Kontra:
1. Perbendaharaan lebih kecil
2. Penjanaan perbendaharaan daripada kementerian kesihatan dan kerajaan tempatan, kurangnya minat korporat untuk menyumbang, kerana pengaruh lokaliti sangat kecil,


1. Logik
2. Lecture Notes
3. Wikipedia: 20 Point Agreement Sabah
4. Wikipedia: Decentralization
5. Wikipedia: Delegation
6. Wikipedia: Devolution
7. Wikipedia: Sime Darby
8. Felda

Thursday, November 18, 2010

L3: Globalisasi Kesihatan I dan Kesihatan Awam (Pengajaran dari Skrip Klasik)


Globalisasi1

Hari ini, saya ada mood nak cakap pasal globalisasi dalam kesihatan. Tapi, first sekali apakah maksud globalisasi?

Globalisasi maksudnya adalah
  • proses peningkatan interaksi, hubungan, keterkaitan, dan kebergantungan antara manusia
  • dalam bentuk ekonomi (perdagangan), kemasyarakatan dan kebudayaan
  • melampaui sempadan negara, sehingga batas negara makin sempit.

Dalam Bahasa Melayunya, kita mengenai Globalisasi sebagai konsep Dunia Tanpa Sempadan.

Contoh Globalisasi1

Manusia memang dah lama mengenal globalisasi nih. Hakikatnya, zaman dulu, Globalisasi lebih hebat daripada zaman sekarang. Setiap tamadun awal saling berinteraksi antara satu sama lain dalam bentuk perdagangan antarabangsa. Zaman Yunani juga menyaksikan Era Hellenistik dimana kebudayaan barat (Yunani) dan timur (Parsi) bertembung setelah penjajahan Alexander the Great. Perdagangan juga meningkat.

Waktu zaman kebangkitan Islam dan Medieval Arab, agama Islam pun tersebar melangkaui bangsa Arab (termasuklah ke bangsa Melayu). Itu pun satu bentuk globalisasi dalam agama. Baitul Hikmah, yang menghimpunkan teks Yunani kuno juga mempromosi globalisasi pendidikan. Penjajahan imperalis dan penjarahan sumber ekonomi di India, China, Asia Tenggara, Amerika, Afrika oleh mereka juga globalisasi dalam ekonomi. Contoh je la... banyak lagi yang boleh jadi contoh.

Keterkaitan dalam Kesihatan (Penyakit) melangkaui Sempadan2,3,4

Dalam kesihatan, sejarah merekodkan terjadi "globalisasi" dalam penyebaran penyakit berjangkit. Contohnya Black Death. Beberapa teori tentang asal penyebab Black Death dikemukakan.

Menurut teori paling terkenal, penyakit ini berasal daripada China, wilayah Pax Mongolia waktu tu. Penyakit ini kononnya menjangkiti tikus, dan tersebar melalui kutu tikus. (Beberapa saintis menolak, dengan mengatakan mustahil tikus dan kutu sangat cepat bergerak).Terdapat 60 juta kematian di Asia disebabkan suatu penyakit-berjangkit setelah Mongolia menakluk China pada abad ke 13, dan ditambah dengan lebih kurang 25 juta kematian sebelum 1349. Kemungkinan ada kaitan dengan Black Death di Eropah.

Suatu ketika, Mongolia sedang mengepung bandar Caffa (di pesisir laut Hitam), beberapa askar Mongolia terkena suatu penyakit berjangkit dan meninggal. Untuk memudahkan penaklukan, Mongolia menggunakan senjata biologi, mereka menarbil (catapulted) mayat tentera yang mati ke dalam bandar tersebut untuk menjangkitkan penyakit itu.

Pedagang Genoa (sebuah bandar di Itali) yang ada di Caffa, kemudian lari pulang ke bandar asal mereka membawa penyakit tersebut ke Eropah. Dah nampak la kan? Globalisasi nampaknya membantu penyebaran penyakit, dan terjadi Globalisasi Penyakit.

Keparahan Black Death2

Dikatakan 4 daripada 5 orang yang bertemu dengan orang yang menghidap wabak tersebut akan mati dalam masa 8 hari. Wabaknya terlalu pantas, sehinggakan sebelum sebarang reaksi daripada doktor dan kerajaan, 1/3 orang Eropah meninggal. Terus-terang cakap, doktor sendiri tak mampu menangani Black Death. Tiada siapa yang tahu etiologinya ketika itu. Sehingga sekarang etiologinya dan mode transmisi masih diperbahas.

Pandangan yang mempengaruhi dan Tindakan Perubatan
& Awal Tindakan Kesihatan Umum


Nasihat dari Tamadun Klasik dalam Mengekang Wabak
5

Hippocrates dan Galen menyarankan apabila wabak datang, maka, Prinsip "Cito, Longe, Tarde" dipakai. Berangkat dengan pantas, pergi jauh, dan pulang dengan lambat. Ramai yang mengambil nasihat ini.

Muslim di Timur Tengah

Berlainan dengan pendekatan Cito, Longe, Tarde, Nabi Muhammad SAW dalam hadith sahih Bukhari bersabda: "Wabak adalah musibah kepada bani Israil dan bangsa-bangsa sebelum kamu. Maka, jikalau kamu terdengar berita tentang wabak di sesebuah tempat, janganlah ke sana. Tetapi sekiranya kamu memang menetap di situ, janganlah keluar." dan "Larilah daripada pesakit kusta sekiranya bertemu dengan mereka, sebagaimana kamu lari daripada singa".
6

Nabi Muhammad turut menyenaraikan orang yang mati kerana wabak sebagai salah satu daripada 5 orang yang mati syahid (martyr).

Hadith ini diambil sebagai panduan bagi Muslim dalam berurusan dengan wabak Black Death.

Sungguhpun kota kosmopolitan Makkah ditimpa wabak Black Death, namun kerana keberkesanan kesihatan awam, wabak tersebut Berjaya dikekang daripada memasuki bandar Madinah, yang turut menjadi tempat yang “mesti” dilawati sekiranya pergi orang menunaikan haji di Makkah.
2

Doktor-Doktor

Perubatan Medieval pada waktu itu masih berasaskan teks, dan Iatromathematik merupakan salah satu cabang perubatan. Di Eropah, ada doktor yang menyalahkan astrologi kerana terjadinya wabak tersebut. Doktor-doktor hebat pada zaman tersebut banyak juga yang meninggal kerana terjangkit wabak, ada yang berhenti daripada menjadi doktor kerajaan dan lari kerana khuatir dirinya terjangkit.5 Kemudian, Rahib dan Paderi pula terjangkit wabak, kerana mereka banyak membantu mangsa. 2

Pengubatan Individual dan Cara Preventatif oleh Bunyi

Ramai Rakyat di Itali beranggapan bahawa penyakit tersebut tersebar melalui udara dan mereka menggunakan segala macam setanggi untuk mengharumkan udara dan menggunakan kain yang dicelup minyak wangi untuk melindungi penafasan mereka. Mereka membeli tangkal, mantera, jampi dan posyen beri sebagai prophylaxis.8 Sebagai ubat yang lebih “menyenangkan”, arsenic dan raksa diminum.3 Loceng gereja atau meriam dipakai oleh pihak berkuasa untuk pengubatan (mereka hinggakan percaya bahawa bunyi adalah metod preventatif).

Syaitan dan Kemurkaan Tuhan

Menyalahkan syaitan atas terjadinya wabak tersebut, penduduk Bandar Florence di Semenanjung Apennine menguatkan usaha mereka menyembelih anjing dan kucing. Sebelum itu, Pope Gregory IX pada tahun 1232 mengatakan kucing adalah alat syaitan.9,4 Akhirnya, keadaan menjadi lebih buruk kerana pemangsa semulajadi tikus telah dibunuh. Perbuatan penduduk Florence adalah salah satu tindakan "kesihatan awam" - berniat untuk meningkatkan kesihatan secara umum secara berorganisasi, walaupun tidak saintifik.
Orang Yahudi juga turut menjadi sasaran atas sebab "kemurkaan tuhan".3

Kultus Flagellants di Eropah
3

Oleh kerana saintis perubatan kehabisan idea dan gereja dianggap gagal, maka Persaudaraan Flagellants di Eropah semakin menjadi popular. Mereka menjelajah Eropah dan menggunakan konsep menyiksa badan hingga berdarah untuk membersihkan dosa. Sesetengah kampung menolak kehadiran mereka kerana beranggapan Persaudaraan Flagellants turut menyebarkan wabak tersebut. Namum Flagellants terus mencapai puncak popularitinya.

Campur Tangan Peraturan Pemerintah di Pelabuhan Venice

Pelabuhan Venice menutup perairan mereka daripada kapal yang dicurigai, dan membuat peraturan mengisolasi pengunjung dan kapal yang sah selama 40 hari di sebuah pulau berhampiran, maka wujudlah perkataan quarantine (bermaksud 40 hari). 1 Venice turut melantik 3 orang pengawal kesihatan awam pada tahun 1948.
3,10,11

Campur Tangan Pemerintah untuk Kesihatan Awam Kota-Kota Lain di Itali

Beberapa kota lain di Itali turut mengamalkan langkah yang sama, tetapi seperti Venice, kadar kematian tetap tinggi. Namun kondisi di bandar-bandar yang membuat peraturan ini lebih baik daripada bandar yang tidak.

Bandar yang paling efektif dalam mengawal wabak ini adalah Milan, yang terletak di tengah-tengah Itali. Mereka menyegel penderita wabak di rumah, dan mengisolasi orang yang merawat penderita bersama penderita di rumah yang disediakan di luar kota.
5,8

Kesimpulan

Black Death merupakan salah satu fenomena besar, yang mengakibatkan separuh populasi China mati, dan menurunkan 1/3 populasi di Arab dan Eropah. Black Death menjadi penyebab beberapa gerakan sosial di Eropah, di antaranya termasuklah pengenalan Kesihatan Awam.11

Black Death menyaksikan bahawa Perubatan Medieval gagal menangani merebaknya wabak tersebut, ditambah dengan kematian doktor-doktor medieval. Pemerintah campur tangan untuk mengatasi wabak, dan membuat undang-undang untuk mengawalnya. Kesihatan Awam mula menjadi perhatian. Black Death bukan saja menukar landskap sosio-demografik, tetapi juga ekonomi dan politik di Eropah, serta memangkin evolusi Kesihatan Awan dan Perubatan Moden.



Rujukan


1. Wikipedia: Globalisasi.
2.
Wikipedia: Black Death
3.
Black Death migration
4. Discovery Health: How Plague Works
5.
Plague and Early Public Health Measure
6.
Quran Malayalam: Hadith Sahih Bukhari Buku 86
7. The Black Death: Natural and Human Disaster

8.
Efforts to Stop the Plague
9. Wikipedia: Pope Gregory IX
10. Wikipedia: Quarantine
11. Wikipedia: Public Health

Wednesday, November 17, 2010

L2: Penilaian Sistem Kewangan I

Okey, ni sambungan daripada sistem kewangan kesihatan, terdapat beberapa indikator untuk menilai keberkesanan sistem kewangan di peringkat makro.

Oh ye, sebelum tu, kita kena rujuk balik apakah matlamat sistem kesihatan secara umumnya:

  1. Meningkatkan taraf kesihatan
  2. Meningkatkan pelayanan kesihatan dan respons pengguna kesihatan
  3. Melindungi pengguna daripada risiko kewangan dan sosial

Sistem Kewangan Kesihatan (sub-sistem kepada sistem kesihatan), pula mempunyai matlamat seperti di bawah:

  1. Meningkatkan pendapatan yang cukup dan berterusan.
  2. Menguruskan pendapatan dengan adil dan berkesan
  3. Mencipta kumpulan kewangan untuk jaminan kesihatan.
  4. Memastikan perbelanjaan perkhidmatan kesihatan dialokasikan secara efisyen.
  5. Supaya pakej perkhidmatan kesihatan asas perorangan dapat disediakan untuk meningkatkan hasil kesihatan dengan perlindungan kewangan dan kepuasan pengguna.

Maka, World Bank dalam publikasinya Health Financing in Indonesia A Reform Road Map: A Reform Road Map telah menggariskan beberapa aspek untuk menilai keberkesanan sistem kewangan kesihatan, khususnya di Indonesia. Dalam jurnal ini, beberapa indikator sistem kesihatan diberi faktor determinan yang berunsur kewangan (seperti pendapatan atau perbelanjaan kesihatan), kemudiannya dibandingkan dengan negara-negara serantau yang mempunyai ekonomi yang hampir setara dengan Indonesia dengan menggunakan kaedah statistik regresi linear.

Berikut adalah indikator-indikator sistem kesihatan

  1. Hasil Kesihatan (boleh rujuk “T1: Sistem Kesihatan?? Duh ~;~ Apakah? “)
  2. Perbelanjaan Kesihatan
  3. Keberkesanan
  4. Perlindungan Kewangan dan Ekuiti dalam Kewangan
  5. Pengiriman Perkhidmatan Kesihatan
  6. Kualiti Perkhidmatan kesihatan.

Tanpa pot pet pot pet panjang sangat, kita lanjut ke contoh penilaian sistem kewangan. Dalam tampilan ini, saya akan memfokuskan pada indikator 1, iaitu Hasil Kesihatan. Saya akan membincangkan juga tentang Malaysia di sesetengah bahagian.

Hasil Kesihatan
Jangkaan Harapan Hidup, Nisbah Kematian Bayi, Nisbah Kematian Ibu Bersalin
dan Kadar Celik Huruf Wanita?


Dalam konteks ini, pendapatan dan perbelanjaan kesihatan per kepala digunapakai sebagai penanda. Hal ini bermaksud, untuk satu-satu pendapatan, atau perbelanjaan kesihatan per kepala, terdapat min indikator-indikator hasil kesihatan untuk penanda-penanda tersebut. Hal ini tiada kaitan dengan miskin kaya sesebuah negara, melainkan bagaimana pendapatan dan perbelanjaan kesihatan per kepala (jikalau sama) mempengaruhi hasil kesihatan. Jangan pening-pening, kita tengok graf di bawah.


Perbandingan Global
Jangkaan Harapan Hidup melawan Pendapatan dan Perbelanjaan Kesihatan per kepala.


Indonesia dan Malaysia kedua-duanya mempunyai Jangkaan Harapan Hidup melawan Pendapatan dan Perbelanjaan Kesihatan dengan nilai min. Malaysia kurang daripada Indonesia dalam konteks Perbelanjaan Kesihatan.

Perbandingan Global
Nisbah Kematian Bayi melawan Pendapatan dan Perbelanjaan Kesihatan per kepala.

Kedua-duanya di atas purata, untuk kedua-dua aspek. Indonesia lebih tinggi daripada Malaysia dari segi nisbah kematian bayi melawan perbelanjaan kesihatan per kepala, tetapi, Malaysia lebih tinggi daripada Indonesia dari aspek nisbah kematian bayi melawan pendapatan.


Perbandingan Global
Nisbah Kematian Ibu Bersalin melawan Pendapatan dan Perbelanjaan Kesihatan per kepala.

Kedua-duanya di bawah purata, untuk kedua-dua aspek. Malaysia lebih baik daripada Indonesia dalam kedua-dua konteks.


Perbandingan Global
Kadar Celik Huruf Wanita berbanding Pendapatan Domestik (Kasar).
Saya pun tak tau kenapa World Bank meletakkan hal ini sebagai Indikator Sistem Kesihatan. Menarik Bukan?




Kesimpulan:

Hal ini bermaksud, sekiranya setiap negara ada 10000 wanita bersalin, semuanya mempunyai pendapatan 100 keping emas per kepala, (emas digunakan sebab nilainya stabil, dan universal), nisbah kematian bayi dan nisbah kematian ibu bersalin adalah lebih rendah di Malaysia.

Sekiranya setiap negara mempunyai 10000 wanita bersalin orang, semuanya membelanjakan 30 keping emas per kepala untuk kesihatan, harapan hidup adalah lebih tinggi di Indonesia dan nisbah kematian bayi adalah lebih rendah di Indonesia, tetapi nisbah kematian ibu adalah lebih tinggi.

Kadar Celik Huruf Wanita di Indonesia adalah lebih tinggi, sungguhpun Pendapatan Domestik (Kasar) mereka lebih rendah daripada wanita di Malaysia.




Kalau ada masa, saya akan sambung dengan Penilaian Sistem Kewangan II (yang lain). Pastinya lebih memeningkan kepala, kerana itu, saya harus memikirkan cara untuk mencernanya dan dilampirkan kepada anda semua.



Rujukan:
Health Financing in Indonesia A Reform Road Map: A Reform Road Map. World Bank

Monday, November 15, 2010

L2: Kewangan Kesihatan



Wah… kewangan… topik best ni… Imran kan suka duit… muahahaha~!
Hmmm… post kali ini penulis akan bercerita tentang Kewangan Kesihatan sebab saya ni petualang mata duitan… Gurau jer… Seperti yang dah dibincangkan, Kewangan merupakan salah satu sub-sistem yang penting dalam Sistem Kesihatan.

Ish… untuk Apa Semua Nih… For What (baca dengan gaya artis)??X!!

Fungsi Sistem Kewangan Kesihatan1

Ada 3 fungsi Sistem Kewangan Kesihatan (sebenarnya mana-mana Sistem Kewangan pun):
  1. Memungut Pendapatan (Revenue Collection)
  2. Mengumpul Perbendaharaan (Pooling)
  3. Membelanja (Purchasing)

Fungsi Sistem Kewangan Kesihatan


Objektif 1

  1. Meningkatkan pendapatan yang cukup dan berterusan.
  2. Menguruskan pendapatan dengan adil dan berkesan.
  3. Mencipta kumpulan kewangan untuk jaminan kesihatan.
  4. Memastikan perbelanjaan perkhidmatan kesihatan dialokasikan secara efisyen.
  5. Supaya pakej perkhidmatan kesihatan asas perorangan dapat disediakan untuk meningkatkan hasil kesihatan dengan perlindungan kewangan dan kepuasan pengguna.

Macam mana dapat duit tuh?

Sumber-sumber Kewangan Kesihatan2,3

  1. Cukai
  2. Insurans Kesihatan Sosial
  3. Keluar-dari-Saku (lawak betul translate ni~!)
  4. Insurans Persendirian/Sukarela
  5. Sumbangan
  6. Insurans Kesihatan Komuniti


Sumber – sumber sistem kewangan tidak terhad kepada satu-satu sumber sahaja. Namun biasanya, sesuatu sumber kewangan lebih dominan daripada yang lain. Terdapat 3 sumber yang paling umum dan dominan, dan biasanya sistem kewangan kesihatan mendapat nama daripada situ. 3 sistem tersebut adalah:

  1. Sistem Berasas Cukai
  2. Sistem Kesihatan Komersial
  3. Sistem Berasas Insurans Kesihatan Sosial

Contoh negara yang mengamalkan sistem kewangan kesihatan berasaskan cukai adalah Singapura dan Malaysia. Di kedua-dua negara perkhidmatan kesihatan asas dan umum dibayar daripada cukai yang diperuntukkan oleh kerajaan. Namun, untuk perkhidmatan yang lebih pesakit akan membayar sendiri, melalui insurans, perlindungan atau sebagainya.7

Sistem Berasas Cukai harus dikawal supaya dampak yang buruk terkendali.

Cukai yang dikutip oleh Kerajaan digunakan untuk membiaya sistem kesihatan


Di Amerika Syarikat, sistem kesihatan komersial dipraktikkan. Bidang kesihatan adalah suatu bidang perniagaan, dan bergantung kepada pengguna dan pengeluar untuk mencorakkan sistem kewangan dalam bidang kesihatan. Sungguhpun pemerintah AS menaja pembiayaan untuk kanak-kanak, veteran, tentera dan Indians (penduduk asli Amerika), HMO (Health Maintenance Organization) bersama-sama syarikat insurans swasta (kedua-duanya swasta) banyak memainkan peranan penting dalam sistem kewangan komersial di Amerika Syarikat.5 Namun Presiden Obama sedang berusaha mereformasikan sistem tersebut kepada sistem kewangan berbasis Insurans kesihatan Sosial.6

Satira Mengenai Sistem Kesihatan Komersial
Perubatan untuk orang yang tidak mempunyai insurans adalah sehelai kain.

Indonesia mula mengadaptasi sistem kewangan kesihatan berasas insurans kesihatan sosial di peringkat nasional sejak keruntuhan rejim Suharto. Pada tahun 19 Oktober 2004, Rang Undang-Undang Tentang Keselamatan Sosial Nasional dikuatkuasakan. Di bawah sistem ini, orang-orang miskin dan hampir miskin dilindungi oleh skim insurans sosial yang dibayar oleh kerajaan kepada syarikat insurans sosial. Pada tahun 2008, Kementerian Kesihatan mengambil alih peranan pentadbiran dan kewangan serta melindungi 76.4 juta rakyat di bawah skim insurans ini. Pekerja sivil dan pekerja swasta masing-masing telahpun mempunyai skim insurans sosial sendiri sejak 1968 dan 1992. Indonesia sedang merumuskan undang-undang untuk mewajibkan semua rakyatnya mempunyai insurans kesihatan. 1, 4




Berikutnya: Penilaian Keberkesanan Sistem Kewangan Kesihatan

Rujukan


1. Health Financing in Indonesia A Reform Road Map: A Reform Road Map. World Bank
2. Overview of Health Care Financing"
3. Wikipedia: Health Care System
4. Lecture
5. HMO
6. Health Reform Debate in US, Health Care Reform in US, Patient Protection and Affordable Care Act
7. Two-Tier Health Care



Gambar Menyokong Reformasi Kesihatan Obama,
Perkhidmatan Kesihatan adalah Hak Asasi Manusia.


Gambar Menentang Reformasi Kesihatan Obama,
Mengganggap Reformasi Tersebut Adalah Produk Sosialism.



Saturday, November 13, 2010

C1: Contoh Sistem



Seperti yang dah tulis sebelum ni, penulis akan bagi contoh mengenai sistem
JENG~ JENG~ JENG~ contoh yang akan dibawa kali ini adalah:

“Sistem Pendataan Tim Evakuasi ke Malaysia”
.


Panjang betul namanya kan? Tapi kebanyakan mesti dah tau dan boleh bayangkan dengan mudah sebab sistem ni memang sangat terkenal dan penting waktu mahasiswa Malaysia evakuasi dulu – Jangan buat-buat lupa.

Terlupa pula nak tulis, salah satu ciri-ciri sistem adalah “Realiti”. Realitinya memang “sistem pendataan tim evakuasi ke Malaysia” memang wujud secara struktural dan berfungsi… Korang pun tau kan…


Komponen

“Sistem Pendataan Tim Evakuasi ke Malaysia” merupakan kesatuan komponen. Komponen ini termasuklah:

  1. Manusia contohnya: William, Tony, Haziq, dsb (bukan nama sebenar)
  2. Materi seperti komputer, kertas, pencetak, handphone, dsb
  3. Dana untuk topap handphone, beli dakwat pencetak, penghargaan dsb
  4. Tatacara perlaksanaan sistem seperti kumpul mahasiswa, kemudian semak, kemudian kenal pasti, kemudian tanda, kemudian dan kemudian dan kemudian… mengikut prosedur.
  5. Pengurusan dan Peraturan untuk mengintegrasikan William, Tony, Haziq, dana, printer dan kertas dalam suatu prosedur dan dasar perlaksanaan.
Hubungan Internal Bersama Komponen

Mereka berhubung antara satu sama lain. Komputer memerlukan Tony untuk hidup, Tony memerlukan komputer untuk menaip.

Komputer disambungkan dengan kabel USB printer untuk proses cetak.Tetapi kertas harus dimasukkan dulu dalam printer yang disediakan oleh PKPMI Solo. William memerlukan pensil untuk menulis lalu data tersebut diserahkan kepada Haziq yang kemudiannya melaksanakan prosedur penyemakan. Fazrul (Regulator) membuat senarai data yang hendak diketahui daripada William dan mengarahkan cara pengambilan data. Fazrul ada dana untuk topap handphone dan belanja Imran yang menolongnya membuat statistik dan menjaga dokumen. (Klausa terakhir adalah kosmetik semata-mata)


Tengok… kan berhubungan kan? Semua yang diwarnakan adalah komponen sistem.

Matlamat Sistem

Apa matlamat sistem pendataan tim evakuasi ke Malaysia? Hmmm… macam-macam la kan… Salah satunya memudahkan urusan imigrasi, penempatan, penangkutan, dan penyemakan anggota. Produk sistem pendataan juga digunakan dalam sistem-sistem lainnya seperti sistem komunikasi.



Output Sistem

Input sistem pendataan telah disebutkan seperti di atas. Matlamat juga telah disebutkan. Prosesnya melibatkan prosedur mencari data, menyusun, dsb. Output sistem pendataan adalah data-data yang diinginkan, sesuai dengan matlamat contohnya Senarai Pembahagian Penerbangan mahasiswa.

Output Sistem Pendataan Tim Evakuasi Bencana Merapi Ke Malaysia
Banyakkan?

Feedback Mechanism

Feedback mechanism
kononnya seperti Hanafiah (bukan nama sebenar), diminta melapor masalah bahawasanya dia tergolong dalam kumpulan prioriti penerbangan pertama mahasiswa, tetapi tidak dimasukkan. Nama Hanafiah kemudian dimasukkan dan disusun kembali.


Batas dan Had Sistem

Batas Pengkhususan. Sudin (bukan nama sebenar) walaupun AJK Tim evakuasi, tetapi tidak terlibat secara langsung dalam sistem pendataan, kerana terjadi pengkhususan sub-sistem di dalam Tim. Batas ini sangat jelas, sehinggakan Sudin jarang mengacau Haziq melakukan tugasnya. Batas Tenaga Manusia. Manusia yang menjadi AJK Data Tim Evakuasi boleh dihitung menggunakan jari, maka, itu adalah keterbatasan Tenaga Manusia dalam AJK Data. Batas Kewangan. AJK Data Tim Evakuasi juga tak mempunyai wang yang banyak, jadi itulah faktor pengehad. Batas Material. AJK Data Tim Evakuasi sepertinya tidak mempunyai masalah material, maka itu bukan faktor pengehad, tetapi masih saja mempunyai satu atau dua lap top saja. Sepertinya faktor pengehad utama adalah batas tenaga manusia dan batas kewangan.

Persekitaran

Persekitaran sistem adalah kumpulan pelajar-pelajar yang dievakuasi, AJK-AJK evakuasi dalam organisasi yang lebih besar, golongan Ansar yang berada di Solo dan Kedubes dan segala yang korang rasa logik untuk diletakkan dalam kategori ini. Sumber Manusia (William, Tony, Haziq) berasal daripada kumpulan pelajar-pelajar yang dievakuasi, sumber materi berasal daripada PKPMI Solo. Daripada persekitaran inilah input-input sistem pendataan diambil, dan kepada mereka kembali, output sistem pendataan dikeluarkan.



Dah faham?

Thursday, November 11, 2010

P1: Laporan Yang Ditolak (The Rejected Report)

Pada 2 November 2010, hari bulan sabit tua di langit, kami mendapat tahu daripada mulut Prof. Dr. Laksono (bukan nama sebenar) bahawa laporan sessi praktikal kami telah ditolak. Kami dengan kecewa menerima berita tersebut dan bertungkus-lumus untuk membuat laporan yang baru.

Alasan laporan kami ditolak adalah “tidak mewakili objektif sessi praktikal”. Kami menganalisis laporan kami. Logik juga alasan tersebut. Masakan hanya satu perenggan saja dipakai untuk merangkum isi-isi yang diingini oleh objektif sessi praktikal, manakala pengetahuan teoritikal mengenai sistem dibincangkan dengan terperinci. Okey, memang macam artikel sistem, bukan laporan sessi praktikal. Prof mempunyai alasan untuk menolak laporan kami. Sigh…

Dalam post kali ini, penulis akan bercakap secara teoritikal mengenai “sistem”. Laporan sessi praktikal tidak memerlukan isi-isi ini tetapi, sepertinya kita harus tahu teorinya juga. Saya akan memberikan contoh mudah iaitu… RAHSIA… baca je la sampai habis. (Gulp? Mudah ker?)

Definisi Sistem

Pelbagai definisi sistem cuba diketengahkan. Saya mengambil definisi paling umum dan paling ringkas pada perenggan ini. Sistem adalah kesatuan komponen yang mempunyai koneksi antara satu sama lain (Mnemonik 3K: Kesatuan + Komponen + Koneksi). Mudahkan?

Ciri-Ciri Sistem

Sistem pun ada sifat-sifat juga. Banyak teoris yang memberikan pandangan masing-masing tentang sifat-sifat sistem. Saya mencerna dan mensistesis sifat-sifat lazim untuk dikongsi di sini. (Mnemonik: SHiPPs):
  1. Struktur => Objek, komponen dan komposisi sistem serta sifat-sifatnya.
  2. Hubungan internal => bahagian-bahagian dalam sistem berhubungan antara satu sama lain secara fungsional dan struktural. Terjadi integrasi, pertukaran tenaga dan material antara bahagian.
  3. Perilaku => Sistem melibatkan proses mengolah input, output, tenaga, informasi dan data, untuk berfungsi.
  4. Persekitaran => Sistem mempunyai batas yang mendefinisikan sistem dengan keadaan atau tempat di mana sistem itu berada. Sistem mendapat input daripada persekitaran dan mengeluarkan output ke persekitaran.

Elemen-Element Sistem

  1. Matlamat – sistem mempunyai matlamat. Tanpa maltamat, sistem tidak mempunyai arah. Sistem biasanya mempunyai lebih daripada satu matlamat.
  2. Input – bahan konkrit atau abstrak yang dimasukkan ke dalam sistem
  3. Proses – Pengolahan bahan-bahan input.
  4. Output – Bahan akhir yang menjadi tujuan sesuatu proses dalam sistem
  5. Batas – Keterbatasan sesuatu sistem dengan persekitaran yang menentukan ruang lingkup dan kemampuan sistem
  6. Feedback Mechanism (Mekanisme Umpan Balik) – Mekanisme yang digunakan untuk mengawal input dan proses, agar output dapat terus dikeluarkan berlandaskan matlamat
  7. Persekitaran – tempat di mana sistem itu berada. Persekitaran amat penting untuk kelangsungan sesuatu sistem. Sistem yang berinteraksi dengan persekitarannya dipanggil sebagai sistem terbuka. Sistem yang bertukar tenaga tetapi tidak bertukar bahan dengan persekitaran dikenali sebagai sistem tertutup. Sistem yang tidak bertukar tenaga dan bahan dengan persekitarannya dikenali sebagai sistem terasing.
Mnemonic: PUB MIPO


Sistem, batas, dan sub-sistem...




WTH?? Tak payah pening2 merumitkan keadaan... ni adalah Sistem juga~!
Ada Input,
Proses, Output dan Mechanisme Umpan Balik.



=)



Tuesday, November 9, 2010

T1: Sistem Kesihatan?? Duh ~;~ Apakah?


“Oh ya, add another one unfamiliar term for me, Health System,” kata Imut dalam bahasa Inggeris

“Hmmm… okay. Who have the definition of Health System?” balas Leader
Keheningan memenuhi ruang tutorial kumpulan 11.

Leader memandang Over yang selalunya sarat dengan definisi-definisi. Kali ini, Over diam membalas pandangan. Ahli-ahli tutorial saling memata-matai (spying over) nota tutorial tutorial kawan-kawan dihadapan dan di sebelah.

“Health system is system for health la…Duh ~;~ Apakah?!”

Oleh sebab ketidakpuashatian Leader, maka, definisi Health System (Sistem Kesihatan) dijadikan Learning Objective (Matlamat Pembelajaran) pada saat itu juga.


Kenapa perlu tahu tentang Sistem Kesihatan? Hello, Saya nak jadi doktor perubatan klinikal, bukan nak jadi doktor atau pakar Kesihatan Awam (Public Health doctor or specialist) ~!

Urmmm… nak tau kenapa? Sebab kita telah pun menjadi sebahagian daripada sistem kesihatan apabila menjadi pelajar perubatan, kerana itu kenalah tau. Sama macam, jadi manusia di muka bumi tapi tak tau apakah bumi… susahlah.

Apakah Sistem Kesihatan? Ups… Apakah sistem terlebih dahulu?

Secara umum dan ringkasnya, sistem merupakan kesatuan atau kumpulan komponen yang berkoneksi. (Mnemonic = 3K = Kesatuan/Kumpulan + Komponen + Koneksi).
Tak nak cakap panjang… kita beralih kepada Sistem Kesihatan. Kalau nak berbincang lebih lanjut tentang sistem, maka, rujuklah “P1: Laporan Yang Ditolak (The Rejected Report)”.
Sistem kesihatan adalah kesatuan komponen (pertubuhan, institusi, sumber daya dan manusia) yang mempunyai matlamat utama untuk meningkatkan kesihatan. 1, 2

Komponen?

Sistem Kesihatan ada beberapa komponen utama. Setiap komponen ini merupakan sub-sistem sistem kesihatan yang bergerak sendiri seperti sistem-sistem kecil. Menurut konsensus, terdapat 6 komponen utama sistem kesihatan iaitu 3:
  1. Kewangan Kesihatan
  2. Sumber Manusia
  3. Perkhidmatan Kesihatan
  4. Pemerintahan dan Undang-Undang
  5. Pemerolehan dan Pengagihan Ubat-ubatan dan komoditi
  6. Sistem Informasi Kesihatan


Komponen Sistem Kesihatan - tak sama dengan komponen yang saya setujui, namun tetap boleh dijadikan contoh


Matlamat dan indikator sistem kesihatan adalah 4:

1. Menaikkan taraf kesihatan masyarakat.

Indikator
  • Jangkaan Harapan Hidup sewaktu Kelahiran (Life Expectancy at Birth).
  • Nisbah Kematian Ibu Bersalin (Maternal Mortality Ration).
  • Nisbah Kematian Bayi (Infant Mortality Ratio).
  • Kadar penyakit.

2. Meningkatkan kecekapan pelayanan kesihatan, seperti yang dikehendaki oleh masyarakat, dan meningkatkan responsif pengguna

Indikator:
  • Bancian Kepuasan Pelayanan Kesihatan
  • Bancian Ekuiti Pelayanan Kesihatan.

3. Perlindungan daripada risiko kewangan dan sosial.

Indikator:
  • Peratusan populasi dengan perlindungan insurans



Demikianlah input dan output dalam sistem kesihatan. Sistem kesihatan mengintegrasi input seperti sebuah mesin yang mengolah bahan-bahan menjadi barangan akhir, sesuai dengan matlamat mesin tersebut...





Sumber
  1. Lecture Note 1:20 (Lecture Note pertama, slide ke-20)
  2. Laman Web WHO
  3. Lecture Note 1:29-31
  4. Wikipedia