Blog ini direka sebagai salah satu “kontrak” dalam pengujian Block PBL 4.2 kurikulum Fakulti Perubatan UGM tentang Sistem Kesihatan dan Perubatan Bencana. Jujur saja, tanpa malu-malu kucing, blog ini adalah salah satu cara penulis untuk mendapatkan nilai “A” dalam pengujian Block 4.2 setelah menerima GPK yang sekadar “biasa” dalam peperiksaan-peperiksaan sebelumnya. Namun, sama ada diterima atau pun tidak, blog ini akan memastikan penulis belajar, dan merupakan wadah perkongsian ilmu antara saya dan pembaca.
Segala kandungan dalam blog ini adalah tanggungjawab penulis – seorang mahasiswa Fakulti Perubatan. Pandangan dan tulisan dalam blog ini merupakan campuran antara pandangan yang bersifat “peribadi” daripada penulis dan pembaca, serta pandangan professional. Penilaian pembaca diharapkan, dan bimbingan professional disarankan.
Tajuk blog ini memang dalam Bahasa Inggeris kerana faktor keterbatasan huruf untuk tajuk. Penulis akan menggunakan Bahasa Inggeris apabila sesuai. Namun, bahasa pengantar utama dalam Blog ini adalah Bahasa Melayu (Malaysia), kerana penulis mensasarkan penutur Bahasa Malaysia sebagai pembaca blog ini.
Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa medium blog ini adalah Bahasa Melayu, dengan kebebasan luas untuk menggunakan Bahasa Inggeris untuk memperoleh kefahaman lebih. Kepada yang hebat berbahasa Melayu dan Inggeris serta memahami Sistem Kesihatan dan Perubatan Bencana, tolong berikan terjemahan yang lebih baik sekiranya anda mendapati ketidaksesuaian terminologi Inggeris dengan istilah Bahasa Melayu yang saya gali daripada perbendaharaan kata saya.
Sekian Terima Kasih... ';'

- Penjelasan dan perbincangan ekstensif tentang Sistem Kesihatan dapat dijumpai dalam jutaan laman web berbahasa Inggeris. Daripada merujuk blog amatur saya, yang hebat berbahasa Inggeris tentu akan terdorong ke laman web terbabit. Maka, saya kehilangan pembaca bermedium Inggeris dalam persaingan, dan pembaca bermedium Melayu akan sering tidak memahami saya.
- Di peringkat nasional dan internasional, proses “Peng-Inggeris-an” menguasai pertukaran maklumat, tetapi masih ada orang Malaysia, khususnya Melayu, yang menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah pertukaran ilmu, kesan pengantaraan Bahasa Melayu dalam pendidikan. Sebahagian tertinggal dalam pertukaran informasi global, dan saya merasakan menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi ilmu dengan mereka. Saya tidak mensasarkan bahawa mereka akan faham tentang sistem kesihatan dengan tiba-tiba hasil usaha saya; tetapi sekurang-kurangnya saya menolong mereka dengan menterjemah sedikit ilmu saya dalam bahasa yang mereka fahami.
- Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda saya, dan saya senang mencurah buah fikiran dalam bahasa Melayu tanpa batas. Bahasa komunikasi saya juga Melayu; ironisnya, saya turut menyedari bahawa ilmu saya berbasis bahasa Inggeris. Saya khuatir dengan keadaan diri saya sendiri. Sebagai contoh saya tau apa itu “bisul” dalam bahasa Melayu, bentuknya, ciri-cirinya dsb; dan saya tahu definisi “abscess” dalam bahasa Inggeris, pengubatannya, dsb tetapi saya baru menyedari bahawa “abscess” adalah bisul (sebelum ini saya membayangkan abscess adalah benda yang lain daripada bisul).Itu menyulitkan proses pembelajaran saya. Saya harus melakukan sesuatu agar saya boleh menjelaskan pengetahuan saya dalam perkataan dan proses penterjemahan kelihatan seperti sesuatu yang menarik untuk saya.
Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa medium blog ini adalah Bahasa Melayu, dengan kebebasan luas untuk menggunakan Bahasa Inggeris untuk memperoleh kefahaman lebih. Kepada yang hebat berbahasa Melayu dan Inggeris serta memahami Sistem Kesihatan dan Perubatan Bencana, tolong berikan terjemahan yang lebih baik sekiranya anda mendapati ketidaksesuaian terminologi Inggeris dengan istilah Bahasa Melayu yang saya gali daripada perbendaharaan kata saya.
Sekian Terima Kasih... ';'
No comments:
Post a Comment