Globalisasi1
Hari ini, saya ada mood nak cakap pasal globalisasi dalam kesihatan. Tapi, first sekali apakah maksud globalisasi?
Globalisasi maksudnya adalah
- proses peningkatan interaksi, hubungan, keterkaitan, dan kebergantungan antara manusia
- dalam bentuk ekonomi (perdagangan), kemasyarakatan dan kebudayaan
- melampaui sempadan negara, sehingga batas negara makin sempit.
Dalam Bahasa Melayunya, kita mengenai Globalisasi sebagai konsep Dunia Tanpa Sempadan.
Contoh Globalisasi1
Manusia memang dah lama mengenal globalisasi nih. Hakikatnya, zaman dulu, Globalisasi lebih hebat daripada zaman sekarang. Setiap tamadun awal saling berinteraksi antara satu sama lain dalam bentuk perdagangan antarabangsa. Zaman Yunani juga menyaksikan Era Hellenistik dimana kebudayaan barat (Yunani) dan timur (Parsi) bertembung setelah penjajahan Alexander the Great. Perdagangan juga meningkat.
Waktu zaman kebangkitan Islam dan Medieval Arab, agama Islam pun tersebar melangkaui bangsa Arab (termasuklah ke bangsa Melayu). Itu pun satu bentuk globalisasi dalam agama. Baitul Hikmah, yang menghimpunkan teks Yunani kuno juga mempromosi globalisasi pendidikan. Penjajahan imperalis dan penjarahan sumber ekonomi di India, China, Asia Tenggara, Amerika, Afrika oleh mereka juga globalisasi dalam ekonomi. Contoh je la... banyak lagi yang boleh jadi contoh.
Keterkaitan dalam Kesihatan (Penyakit) melangkaui Sempadan2,3,4
Dalam kesihatan, sejarah merekodkan terjadi "globalisasi" dalam penyebaran penyakit berjangkit. Contohnya Black Death. Beberapa teori tentang asal penyebab Black Death dikemukakan.
Menurut teori paling terkenal, penyakit ini berasal daripada China, wilayah Pax Mongolia waktu tu. Penyakit ini kononnya menjangkiti tikus, dan tersebar melalui kutu tikus. (Beberapa saintis menolak, dengan mengatakan mustahil tikus dan kutu sangat cepat bergerak).Terdapat 60 juta kematian di Asia disebabkan suatu penyakit-berjangkit setelah Mongolia menakluk China pada abad ke 13, dan ditambah dengan lebih kurang 25 juta kematian sebelum 1349. Kemungkinan ada kaitan dengan Black Death di Eropah.
Suatu ketika, Mongolia sedang mengepung bandar Caffa (di pesisir laut Hitam), beberapa askar Mongolia terkena suatu penyakit berjangkit dan meninggal. Untuk memudahkan penaklukan, Mongolia menggunakan senjata biologi, mereka menarbil (catapulted) mayat tentera yang mati ke dalam bandar tersebut untuk menjangkitkan penyakit itu.
Pedagang Genoa (sebuah bandar di Itali) yang ada di Caffa, kemudian lari pulang ke bandar asal mereka membawa penyakit tersebut ke Eropah. Dah nampak la kan? Globalisasi nampaknya membantu penyebaran penyakit, dan terjadi Globalisasi Penyakit.
Keparahan Black Death2
Dikatakan 4 daripada 5 orang yang bertemu dengan orang yang menghidap wabak tersebut akan mati dalam masa 8 hari. Wabaknya terlalu pantas, sehinggakan sebelum sebarang reaksi daripada doktor dan kerajaan, 1/3 orang Eropah meninggal. Terus-terang cakap, doktor sendiri tak mampu menangani Black Death. Tiada siapa yang tahu etiologinya ketika itu. Sehingga sekarang etiologinya dan mode transmisi masih diperbahas.
Pandangan yang mempengaruhi dan Tindakan Perubatan
& Awal Tindakan Kesihatan Umum
& Awal Tindakan Kesihatan Umum
Nasihat dari Tamadun Klasik dalam Mengekang Wabak5
Hippocrates dan Galen menyarankan apabila wabak datang, maka, Prinsip "Cito, Longe, Tarde" dipakai. Berangkat dengan pantas, pergi jauh, dan pulang dengan lambat. Ramai yang mengambil nasihat ini.
Muslim di Timur Tengah
Berlainan dengan pendekatan Cito, Longe, Tarde, Nabi Muhammad SAW dalam hadith sahih Bukhari bersabda: "Wabak adalah musibah kepada bani Israil dan bangsa-bangsa sebelum kamu. Maka, jikalau kamu terdengar berita tentang wabak di sesebuah tempat, janganlah ke sana. Tetapi sekiranya kamu memang menetap di situ, janganlah keluar." dan "Larilah daripada pesakit kusta sekiranya bertemu dengan mereka, sebagaimana kamu lari daripada singa".6
Nabi Muhammad turut menyenaraikan orang yang mati kerana wabak sebagai salah satu daripada 5 orang yang mati syahid (martyr).
Hadith ini diambil sebagai panduan bagi Muslim dalam berurusan dengan wabak Black Death.
Sungguhpun kota kosmopolitan Makkah ditimpa wabak Black Death, namun kerana keberkesanan kesihatan awam, wabak tersebut Berjaya dikekang daripada memasuki bandar Madinah, yang turut menjadi tempat yang “mesti” dilawati sekiranya pergi orang menunaikan haji di Makkah. 2
Doktor-Doktor
Perubatan Medieval pada waktu itu masih berasaskan teks, dan Iatromathematik merupakan salah satu cabang perubatan. Di Eropah, ada doktor yang menyalahkan astrologi kerana terjadinya wabak tersebut. Doktor-doktor hebat pada zaman tersebut banyak juga yang meninggal kerana terjangkit wabak, ada yang berhenti daripada menjadi doktor kerajaan dan lari kerana khuatir dirinya terjangkit.5 Kemudian, Rahib dan Paderi pula terjangkit wabak, kerana mereka banyak membantu mangsa. 2
Pengubatan Individual dan Cara Preventatif oleh Bunyi
Ramai Rakyat di Itali beranggapan bahawa penyakit tersebut tersebar melalui udara dan mereka menggunakan segala macam setanggi untuk mengharumkan udara dan menggunakan kain yang dicelup minyak wangi untuk melindungi penafasan mereka. Mereka membeli tangkal, mantera, jampi dan posyen beri sebagai prophylaxis.8 Sebagai ubat yang lebih “menyenangkan”, arsenic dan raksa diminum.3 Loceng gereja atau meriam dipakai oleh pihak berkuasa untuk pengubatan (mereka hinggakan percaya bahawa bunyi adalah metod preventatif).
Syaitan dan Kemurkaan Tuhan
Menyalahkan syaitan atas terjadinya wabak tersebut, penduduk Bandar Florence di Semenanjung Apennine menguatkan usaha mereka menyembelih anjing dan kucing. Sebelum itu, Pope Gregory IX pada tahun 1232 mengatakan kucing adalah alat syaitan.9,4 Akhirnya, keadaan menjadi lebih buruk kerana pemangsa semulajadi tikus telah dibunuh. Perbuatan penduduk Florence adalah salah satu tindakan "kesihatan awam" - berniat untuk meningkatkan kesihatan secara umum secara berorganisasi, walaupun tidak saintifik. Orang Yahudi juga turut menjadi sasaran atas sebab "kemurkaan tuhan".3
Kultus Flagellants di Eropah3
Oleh kerana saintis perubatan kehabisan idea dan gereja dianggap gagal, maka Persaudaraan Flagellants di Eropah semakin menjadi popular. Mereka menjelajah Eropah dan menggunakan konsep menyiksa badan hingga berdarah untuk membersihkan dosa. Sesetengah kampung menolak kehadiran mereka kerana beranggapan Persaudaraan Flagellants turut menyebarkan wabak tersebut. Namum Flagellants terus mencapai puncak popularitinya.
Campur Tangan Peraturan Pemerintah di Pelabuhan Venice
Pelabuhan Venice menutup perairan mereka daripada kapal yang dicurigai, dan membuat peraturan mengisolasi pengunjung dan kapal yang sah selama 40 hari di sebuah pulau berhampiran, maka wujudlah perkataan quarantine (bermaksud 40 hari). 1 Venice turut melantik 3 orang pengawal kesihatan awam pada tahun 1948. 3,10,11
Campur Tangan Pemerintah untuk Kesihatan Awam Kota-Kota Lain di Itali
Beberapa kota lain di Itali turut mengamalkan langkah yang sama, tetapi seperti Venice, kadar kematian tetap tinggi. Namun kondisi di bandar-bandar yang membuat peraturan ini lebih baik daripada bandar yang tidak.
Bandar yang paling efektif dalam mengawal wabak ini adalah Milan, yang terletak di tengah-tengah Itali. Mereka menyegel penderita wabak di rumah, dan mengisolasi orang yang merawat penderita bersama penderita di rumah yang disediakan di luar kota. 5,8
Kesimpulan
Black Death merupakan salah satu fenomena besar, yang mengakibatkan separuh populasi China mati, dan menurunkan 1/3 populasi di Arab dan Eropah. Black Death menjadi penyebab beberapa gerakan sosial di Eropah, di antaranya termasuklah pengenalan Kesihatan Awam.11 Black Death menyaksikan bahawa Perubatan Medieval gagal menangani merebaknya wabak tersebut, ditambah dengan kematian doktor-doktor medieval. Pemerintah campur tangan untuk mengatasi wabak, dan membuat undang-undang untuk mengawalnya. Kesihatan Awam mula menjadi perhatian. Black Death bukan saja menukar landskap sosio-demografik, tetapi juga ekonomi dan politik di Eropah, serta memangkin evolusi Kesihatan Awan dan Perubatan Moden.
Rujukan
1. Wikipedia: Globalisasi.
2. Wikipedia: Black Death
3. Black Death migration
4. Discovery Health: How Plague Works
5. Plague and Early Public Health Measure
6. Quran Malayalam: Hadith Sahih Bukhari Buku 86
7. The Black Death: Natural and Human Disaster
8. Efforts to Stop the Plague
9. Wikipedia: Pope Gregory IX
10. Wikipedia: Quarantine
11. Wikipedia: Public Health
No comments:
Post a Comment