Baiklah kawan-kawan... Hari ni, saya akan membincangkan topik yang agak berat... Berat mata memandang (maksudnya mengantuk), berat lagi tangan saya nak tulis... hahaha...
Isu kali ni agak susah. Tentang Undang-Undang Perubatan. Saya boleh saja daripada copy and paste lecture notes, tapi lecture notes saya semuanya pasal Undang-Undang di Indonesia. Tapi, saya perlu la tulis tentang Undang-Undang di Malaysia juga. Sebab saya orang Malaysia.
Sebelum bincang undang-undang panjang berjela-jela, jom kita tengok dulu Kewajiban dan Hak Pesakit, dan juga Kewajiban dan Hak Doktor. Saya beranggapan bahawa hal ini adalah universal meskipun sumber saya ini memang 100% berasaskan pencarian daripada UU RI no 29/2004.1, 2
Kewajiban Pesakit
Isu kali ni agak susah. Tentang Undang-Undang Perubatan. Saya boleh saja daripada copy and paste lecture notes, tapi lecture notes saya semuanya pasal Undang-Undang di Indonesia. Tapi, saya perlu la tulis tentang Undang-Undang di Malaysia juga. Sebab saya orang Malaysia.
Sebelum bincang undang-undang panjang berjela-jela, jom kita tengok dulu Kewajiban dan Hak Pesakit, dan juga Kewajiban dan Hak Doktor. Saya beranggapan bahawa hal ini adalah universal meskipun sumber saya ini memang 100% berasaskan pencarian daripada UU RI no 29/2004.1, 2
Kewajiban Pesakit
- Bercakap benar kepada pengamal perubatan
- Mematuhi nasihat dan peraturan
- Bertanggungjawab untuk perbelanjaan kesihatan
Hak Pesakit
- Mendapat penjelasan yang terang dan difahami
- Mendapat pandangan daripada doktor yang berbeza-beza
- Mendapatkan perkhidmatan kesihatan
- Menolak prosedur perubatan
- Mendapat laporan perubatan
Hak Doktor
- Mendapat perlindungan undang-undang/peraturan dalam pengamalan
- Mendapat informasi yang jujur daripada pesakit dan yang berkaitan.
- Mendapat aturan piawai professional
- Mendapat pendapatan
Kewajiban Doktor
- Memberi perkhidmatan kesihatan mengikut prosedur dan piawai yang ditetapkan
- Merujuk kes kepada yang lebih arif apabila sulit atau susah dilakukan sendiri
- Menjaga kerahsiaan pesakit
- Menolong penderita dalam kes kecemasan
- Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.
INDONESIA
Undang-Undang RI no 29/2004
Tentang Praktek Kedokteran 1,2
Undang-Undang RI no 29/2004
Tentang Praktek Kedokteran 1,2
UU no 29/2004 Indonesia disahkan pada 6 Oktober 2004 oleh presiden Megawati dan "diundangkan" pada tarikh yang sama, dengan 12 Bab, dan 88 Fasal (artikel).
Undang-undang ini mengatur:
- Dasar dan tujuan pengurusan pengamalan perubatann yang menjadi landasan yang disandarkan pada nilai ilmiah, manfaat, keadilan, kemanusiaan, keseimbangan serta perlindungan dan keselamatan pesakit.
- Pembentukan Konsil Kedokteran Indonesia (KKI) yang terdiri atas Konsil Kedokteran dan Konsil Kedokteran Gigi serta susunan organisasi, fungsi, tugas, dan kuasa.
- Pendaftaran doktor dan doktor gigi.
- Penyusunan, penetapan, dan pengesahan standard pendidikan doktor dan doktor gigi.
- Pengurusan pengamalan perubatan. (Termasuklah laporan perubatan)
- Pembentukan Majelis Kehormatan Disiplin Kedokteran Indonesia (MKDKI)
- Pembinaan dan pengawasan pengamalan perubatan.
- Prosiding tata tertib dan hukuman.
MALAYSIA
Undang-Undang Malaysia Akta 50
(Akta Perubatan 1971) 3
Undang-Undang Malaysia Akta 50
(Akta Perubatan 1971) 3
Undang-Undang ini merupakan Malaysian counterpart bagi UU RI no 29/2004. Mendapat perkenan diraja pada 27 September 1971, dan diwartakan pada 30 September 1971, Undang-Undang ini mempunyai 7 bahagian dengan 44 artikel.
Undang-Undang ini lebih awal, tetapi lebih ringkas berbanding UU RI no 29/2004. Undang-undang ini menyentuh tentang:
- Pembentukan, keahlian, organisasi, fungsi, tugas dan kuasa Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
- Pendaftaran Pengamal Perubatan
- Prosiding tata tertib bersangkutan dengan MMC
- Prosiding dan hukuman bagi penipuan pendaftaran, dan kesalahan-kesalahan menyerupai pengamal perubatan.
- Pengecualian pengamal kaedah terapeutik Melayu, Cina, India dan Asli yang tidak berbasis sains moden daripada akta ini.
Rujukan:
1. Lecture Note: Legal Aspect of Medical Practice
2. Undang-Undang Praktek Kedokteran (UU no. 29/2004)
3. Undang-Undang Malaysia Akta 50: Akta Perubatan 1971




