Secangkir Madu dan Buluh Perindu

Blog ini direka sebagai salah satu kontrak pengujian dalam block PBL 4.2 Health System and Disaster. Penulis menggunakannya sebagai wadah perkongsian ilmu, dan merupakan salah satu cara penguatkuasaan peraturan peribadi saya iaitu "sehari belajar satu jam". Hehehehe~

Untuk tujuannya, Blog ini berpengantar bahasa Melayu Malaysia kerana beberapa sebab.

Untuk lebih lanjut, anda boleh merujuk pada mukaddimah "Sekalung Wadah Sebelum Meredah... (';')".

Those who didn't understand what I'm talking about, you can proceed to my introduction in English on the topic "Flower Necklaces at The Entrance" or translate my writing at Google Translator.

Terima Kasih, Thank You Very Much.

Monday, December 6, 2010

Sunday, December 5, 2010

T4: ZOMBIE~!!!



Manusia dengan Pandemik Zombie


Hari ini, saya menonton sebuah filem Zombie... Resident Evil: Afterlife. Dalam cerita tersebut, dunia telah di landa suatu wabah pandemik yang menukar manusia menjadi tidak boleh berfikir dan dikawal oleh manusia lain. Virus tersebut merebak melalui gigitan zombie yang lain ke dalam salur darah manusia. Nama virus tersebut adalah T-Virus.


Inilah Rupa T-Virus

Takut kan? Seram betul... So, sebelum virus Zombie menyerang kita, kita harus berjaga-jaga~! Macam mana? Itulah yang dinamakan PANDEMIC PREPAREDNESS~! Jeng Jeng Jeng~!

Pandemik terbahagi kepada 8 fasa. Setiap fasa mempunyai langkah-langkah yang berbeza dalam menangani penularan wabah pandemik mengikut kesesuaian fasa masing-masing.

FASA DAN LANGKAH-LANGKAH

FASA

Fasa 1: Tiada T-virus binatang berjangkit dalam kalangan binatang yang dilaporkan menjangkiti manusia.

Fasa 2:
Salah satu T-virus binatang diketahui telah menyebabkan jangkitan kepada manusia; maka dinilai sebagai ancaman yang berpotensi untuk menyebabkan pandemik.

Fasa 3:
Virus Reassortant Influenza Binatang atau Virus Reassortant Influenza Manusia-binatang menyebabkan beberapa kes sporadik dalam kelompok kecil manusia tetapi tidak menyebabkan transmisi manusia-manusia yang cukup untuk dikatakan sebagai wabah peringkat komuniti


LANGKAH-LANGKAH FASA 1, 2 dan 3:

i. Koordinasi dan Perancangan
Mengembang, melaksana, dan memeriksa secara rutin Rancangan Respons dan Persediaan Pandemik T-Virus Nasional.

ii. Pemantauan Situasi dan Pengamatan
Mengembangkan sistem pemantauan nasional dengan kolaborasi pihak berkuasa untuk kesihatan haiwan dan sektor lain yang relevan.

iii. Komunikasi

Menyempurnakan pelan komunikasi dan memulakan aktiviti komunikasi bagi membincangkan risiko sebenar dan risiko yang berpotensi.

iv. Mengurangkan kecepatan penyebaran

Mempromosi tabiat-tabiat yang baik untuk perlindungan individu (basuh tangan, dsb). Merancang penggunaan ubat-ubatan dan vaksin.


v. Kelangsungan Pembekalan Rawatan Kesihatan
Bersedia untuk mengembangkan sistem kesihatan

FASA

Fasa 4: Disahkan berlakunya jangkitan manusia-manusia kepada Virus Reassortant Influenza Binatang atau Virus Reassortant Influenza Manusia-binatang yang mampu mengakibatkan wabak di peringkat komuniti.
LANGKAH-LANGKAH:

i. Koordinasi dan Perancangan
Mengarahkan dan mengkoordinasi aktiviti pembendungan pantas dengan kerjasama WHO.


ii. Pemantauan Situasi dan Pengamatan

Meningkatkan pengamatan, dan memantau aktiviti pembendungan. Kongsi hasil bersama WHO dan komuniti internasional.


iii. Komunikasi

Mempromosi dan komunikasi intervensi yang disarankan untuk mencegah dan mengurangkan risiko populasi atau individu.

iv. Mengurangkan kecepatan penyebaran

Perlaksanaan operasi pembendungan pantas, dan aktiviti lain, bekerjasama dengan WHO dan komuniti internasional sekiranya perlu.


v. Kelangsungan Pembekalan Rawatan Kesihatan
Aktivasi Pelan Kontigensi.


Plants V/S Zombie?

Buang huruf "T", baca sebagai "Plans V/S Zombie".
"PLANS" (rancangan awal) adalah sangat penting dalam mengekang pandemik, termasuklah Pandemik Zombie


FASA

Fasa 5: Virus yang dikenal pasti pada fasa-fasa sebelumnya telah merebak ke 2 negara (atau lebih) dalam wilayah WHO yang sama.

Fasa 6:
Virus yang dikenal pasti pada fasa-fasa sebelumnya telah merebak ke 2 negara (atau lebih) dalam 2 wilayah WHO yang berbeza.

LANGKAH-LANGKAH FASA 5 DAN 6

i. Koordinasi dan Perancangan
Menyediakan pimpinan dan koordinasi kepada sektor-sektor sumber, untuk mengurangkan impak sosial dan ekonomi.

ii. Pemantauan Situasi dan Pengamatan
Mengawasi dan menilai perubahan pandemik dan impaknya, dan langkah-langkah mitigasi


iii. Komunikasi

Meneruskan kemas kini kepada awam dan semua stakeholders dan langkah-langkah mengurangkan risiko.

iv. Mengurangkan kecepatan penyebaran

Perlaksanaan langkah-langkah berbasis individu, masyarakat dan farmaseutikal.


v. Kelangsungan Pembekalan Rawatan Kesihatan

Perlaksanaan Pelan Kontigensi di semua peringkat.

FASA

Tempoh Selepas Kemuncak: Tahap Pandemik T-Virus di negara-negara dengan pemantauan yang memadai, di bawah tahap klimaks pandemik.

LANGKAH-LANGKAH

i. Koordinasi dan Perancangan
Rancang dan koordinasi sumber dan kapasiti tambahan untuk gelombang berikutnya.

ii. Pemantauan Situasi dan Pengamatan

Teruskan pengamatan untuk mengenalpasti gelombang berikutnya

iii. Komunikasi

Terus memberi kemas kini kepada umum dan stakeholders tentang perubahan status pandemik

iv. Mengurangkan kecepatan penyebaran
Mengevaluasi keberkesanan langkah-langkah untuk mengemaskini garis panduan, protokol dan algoritma.


v. Kelangsungan Pembekalan Rawatan Kesihatan
Merehatkan, menambah sumber, mengkaji pelan dan membina perkhidmatan yang perlu.

Fasa 5 telah merentasi sempadan negara, dan fasa 6 melangkaui wilayah WHO.


FASA

Tempoh Selepas Pandemik: Tahap T-Virus telah kembali kepada tahap T-virus musiman di negara-negara yang mempunyai pemantauan yang memadai.

LANGKAH-LANGKAH:
i. Koordinasi dan Perancangan
Mengulang semak pengajaran yang didapatkan, dan berkongsi bersama komuniti internasional. Mengisi ulang sumber.

ii. Pemantauan Situasi dan Pengamatan
Memeriksa sifat pandemik, pemantauan keadaan dan alat penilaian untuk pandemik berikutnya dan kecemasan kesihatan awam yang lain.

iii. Komunikasi
Menghargai secara umum jasa-jasa semua komuniti dan sektor yang terlibat, mengkomunikasikan pengajaran yang didapati, dan menggaul pengajaran tersebut dalam aktiviti komunikasi dan persediaan pandemik berikutnya.

iv. Mengurangkan kecepatan penyebaran

Melakukan evaluasi terhadap intervensi yang dibuat


v. Kelangsungan Pembekalan Rawatan Kesihatan

Evaluasi respons sistem kesihatan terhadap pandemik, dan berkongsi pengajaran.




p/s: Bahagian tentang FASA DAN LANGKAH-LANGKAH adalah bersumberkan WHO Pandemic Preparedness Phase and Action of Influenza. Anda boleh menggantikan semua perkataan T-Virus kepada Influenza virus.


Untuk T-virus, setakat ini tiada risiko pandemik langsung, dan T-virus hanyalah fiksyen sains. Tapi siapa tau kalau tiba-tiba virus rabies, virus HIV, virus Influenza dan virus-virus lain mengalami mutasi rekombinan dan jadilah virus zombie? Maka pakailah nasihat saya yang di atas.

Seperkara lagi, kalau anda memang berada di dunia yang dijangkiti pandemik Zombie T-Virus, maka, bunuhlah zombie tu cepat-cepat. Tak payah isolasi la itu lah ini lah... okey bye. Harap maklum.



akankah virus Rabies (menyebabkan simptom-simptom gangguan otak)
dan virus Influenza (cepat merebak, cepat berubah, cepat berjangkit)
mengalami mutasi genetik dan menjadi T-Virus?





Rujukan (semuanya dalam bentuk pdf object):
1. WHO: Whole of Society Pandemic Readiness
2. WHO:
Consideration of Exercise of Planning
3. WHO:
Pandemic Phase
4. WHO: Checklist for Influenza Pandemic Preparedness Planning

Friday, December 3, 2010

P3: Antropologi dan Identifikasi Mangsa Bencana

Okey kawan-kawan... hari ni jom kita tengok beberapa gambar... Korang pun dah belajar pasal antropologi dan identifikasi mangsa bencana... so, tak payah la saya terangkan macam bagi lecture kat sini kan?

Jom kita tengok gambar-gambar dan.... KORANG KENA TEKA GAMBAR TU GAMBAR APA~!

Kata kita dah belajar... mesti dah pandai, betul tak?


p/s: obviously gambar tu gambar tulang-temulang daripada buku. Tak nak jawapan tu ekh... korang kena identifikasi tulang tu merujuk kepada apa... jangan bukak buku tau... anggap macam tengah peperiksaan.

RAS DAN RA'S (Race and the Head)

Race berasal daripada perkataan Ras, perkataan Arab Ra'sun yang bermaksud kepala. Walaupun koncep race dah jauh berbeza dengan konsep pada zaman Medieval, identifikasi masih mengikut kepala masing-masing. Maksudnya tulang tengkorak la... bukan ikut idea masing-masing.



1. Tengkorak lonjong, orbit mata bulat, pola suture kompleks, suture palatum lurus, zygomatik menonjol....
Agaknya insan bertuah ni dari ras mana?


2. Post-Bregmatic Depression, orbit mata segiempat, palatum segiempat, apertura nasalis lebar
Apakah ras ini?


3. Dagu prominen, apertura nasalis sempit, palatum segitiga, hidung tinggi?
Siapakah yang korang cari-cari ni?



JANTINA (Sex)

Jantina berasal daripada perkataan jantan atau betina. Dalam bahasa Inggeris, ia seerti dengan perkataan sex. Sex berasal daripada perkataan sexus (latin). Maksud sexus adalah memotong atau membahagikan atau membezakan.

Sebenarnya, kita pun boleh identifikasi jantina menggunakan tengkorak. Kalau lelaki, mastoid dan supraorbital ridge dorang lebih prominen.

Tapi, kali ni saya fokus pada tulang pelvis, sebab itu yang kita belajar dalam practical session...

1. Lelaki ke Perempuan?

2. Perempuan ke Lelaki?





Usia (Age)

Yang ni tak payah la buat macam peperiksaan. Saya tak pandai sangat pun. Nak tunjuk gambar pulak tak dapat cari kat internet. Jom tengok keluarnya gigi seiring dengan peningkatan usia. Kalau budak-budak kita pakai dental eruption ini untuk proses pengecaman.


Dental Eruption


Bagi orang dewasa, kita boleh cam dengan kesan "dental wear", dental wear adalah disebabkan dental attrition (proses kerosakan gigi disebabkan geseran atara gigi atas dan bawah)


Dental Wear


Kita boleh jugak ukur diaphisis dan panjang tulang untuk tau umur. Tapi tak der gambar saya dapat tunjuk... sorry...










Jawapan:

Ras


1. Mongoloid

2. Negroid
3. Caucasoid




Jantina

Thursday, December 2, 2010

Panel 1: Multiprofessional dalam Kerja Kumpulan



"Doktor tu bajet bagus la.... konon macam pandai sangat, belajar tinggi-tinggi, cucuk patient pun tak reti... Nak suruh nurse jugak yang buat..."

"Hello doktor, doktor tu doktor, saya ni MA, bukan doktor, doktor belajar tinggi-tinggi, gaji pun menggunung berbanding saya... kenapa saya pulak kena buat?"

"Eh, kurang hajar la orang lab ni, buat kerja lembab... menyusahkan aku jer"

"Nurse tuh, boleh bersembang kat kaunter tu... tak nampak aku tengah bergolok bergadai kena marah dengan pakar ni? Semua salah korang. Pemalas. Nak amek temperature pukul 6 pagi pun berkira."

Biasalah gossip-gossip macam ni kalau kat Malaysia, terutama bila korang jadi HO nanti. Kat Indonesia, tak pernah dengar menda-menda macam ni. First, kitorang belajar tugas orang lain (belajar setiap tahun kot, block ni paling ekstensif). Secondly, sebab teamwork bagus dan saling menghormati - budaya nusantara. Thirdly, semua orang tak suka mencapap, suka buat kerja n bercakap jer. Forthly, sebab tak der sistem compulsary HO kat sini (setakat ni).

Semalam, doktor Belladonna pulak menceritakan bagaimana masalah yang wujud dalam kumpulan sewaktu dia pergi ke kawasan bencana. Dominasi "parti" tertentu dalam kesihatan orang di penempatan semula, keengganan untuk bekerjasama dengan parti kesihatan yang lain, persaingan antara doktor untuk menunjukkan kehebatan masing-masing di medan bencana, dan pepecahan sistem.

Apakah faktor wujudnya semua nih? Tak nak istilah "kurangnya didikan agama dan nilai moral", yang selalu kita pakai dalam karangan PMR dulu kalau terjadi sesuatu benda buruk...

Mungkin korang boleh bagi idea yang lain, tapi saya nak tegaskan beberapa faktor:

1. Peribadi yang sombong, sentrism, dan individualistik.

Saya tak tau nak komen pasal hal ini. Budaya Melayu adalah budaya yang bersifat sosialis. Entah dari mana orang-orang nusantara mengambil prinsip Individualism dalam kehidupan seharian, nilai-nilai secara berkumpulan dan masyarakat diabaikan. Filosofi Ethical Egoism percaya bahawa agen moral adalah berbasiskan kepentingan peribadi. Seorang doktor sewajarnya TIDAK ego, kerana egoism adalah berlawanan dengan salah satu sifat professional doktor - Altruism.

Kerjasama akan terencat dengan egoism, dan kerjasama yang buruk merosakkan mood sesebuah team.


2. Kurangnya pendidikan tentang kemahiran kerja kumpulan sesama profesyen.

Pengetahuan tentang kerja kumpulan merupakan suatu kemahiran, ia bukan bakat atau sesuatu yang datang tanpa proses. Sebahagian institusi pendidikan perubatan tidak menerapkan nilai kemahiran kerja kumpulan. Penilaian akademik kadang-kala terlalu individualistik.

3. Kurangnya pendidikan tentang kerja kumpulan berlainan profesyen.

Kerjasama dan hubungan baik harus dipupuk sejak sebelum berlakunya sesuatu. Tak kenal maka tak cinta. Tak cinta tak boleh buat kerja.

Skop bidang tugas juga harus dijelaskan dalam pendidikan berlainan profesyen, sekiranya mereka nantinya akan bekerja sama dalam satu kumpulan.


4. Kurangnya kepercayaan antara ahli

Kepercayaan sangat penting. Anda perlu percaya orang yang anda sandarkan diri anda kepadanya. Dan kumpulan adalah tentang saling sandar-menyandar antara satu sama lain.

5. Sense of belonging dalam kumpulan tidak dipupuk

Sense of Belonging merupakan sesuatu yang perlu dipupuk. Saling hormat-menghormati dan harus mengiktiraf usaha dan kehadiran orang lain di dalam kumpulan anda. Kejayaan kumpulan adalah kejayaan bersama, bukan kejayaan doktor saja.

6. Kepimpinan tidak berkesan

"Aku lebih takut kepada sekumpulan kambing yang diketuai oleh singa, daripada sekumpulan singa yang dipimpin oleh kambing" - kata-kata hikmah.

Seseorang ketua harus mempunyai aura kewibawaan, sesuatu yang menyebabkan orang menurutinya selain berkata secara logik. Ketua harus mempelajari kelebihan dan kelemahan teamnya, menggunakan stail kepimpinan yang sesuai mengikut waktu yang sesuai. Kepimpinan juga sesuatu yang harus dipelajari. Kekuatan ketua akan dipancarkan ke segenap ahli team, dan mempengaruhi bagaimana kumpulan itu bereaksi.

7. Kurangnya komunikasi informal dan formal

Komunikasi informal sangat penting dalam menjaga hubungan antara ahli. Kurang komunikasi informal memberi dampak kepada mood kumpulan dan kerjasama. Komunikasi formal penting sebagai cara pengawalan pengurusan dan juga proses transfer informasi.

8. Kurangnya nilai kebersamaan dan matlamat yang sama

Nilai kebersamaan dan matlamat yang sama merupakan dasar sesebuah team, setiap ahli harus sedar akan perkara tersebut (atau disedarkan). Tak kira sebarang proses atau inputnya, output lebih penting.

9. Team di dalam Team, jikalau bersaing, akan memusnahkan Team

Team, dalam team bukan lagi satu kesatuan team yang saling memerlukan, maka team tersebut bukanlah suatu team lagi.


Rujukan:

1. Panel Discussion
2. Gossip-Gossip di Hospital Malaysia
3. Wikipedia: Individualism
4. Logik

=)

Wednesday, December 1, 2010

T2: AIDS mengingatkanku kepadanya...

Semalam, kecoh Facebook pasal AIDS... saya pulak, macam masih terpinga-pinga... oh, baru saya perasan, besok 1 Disember, adalah Hari AIDS Sedunia. Semalam, saya dah pun mendedikasikan sebuah post untuk Hari AIDS. Hari ini saya akan berbicara hal-hal ilmiah sedikit.

AIDS memang mengingatkan saya tentang sesuatu... mengingatkan saya tentang Task Shifting (Pengalihan Tugas)... salah satu dedikasi sistem kesihatan kepada pengawalan AIDS.

Sejarah Task Shifting

Persidangan Global Pertama tentang Task Shifting (Pengalihan Tugas) yang diorganisasikan oleh WHO telah diadakan di Addis Ababa (Ethiopia) pada 8-10 Januari 2008.

Salah satu masalah yang dihadapi dalam mengekang pandemik HIV/AIDS dan akses global kepada perkhidmatan kesihatan adalah kekurangan tenaga kerja. Krisis ini terjadi di 57 negara, 36 daripadanya negara-negara Afrika.

Dengan bertemakan Treat, Train, Retain (Rawat, Latih, Kekalkan) Task Shifting merupakan satu insentif kesihatan awam dan kerajaan dalam membendung masalah ini. Dalam Task Shifting, pembahagian semula tugasan dalam kalangan pekerja kesihatan dilakukan secara rasional, dengan saranan dan panduan yang dipersetujui secara global.



Standard WHO untuk bilangan doktor dan jururawat bagi 100 000 orang,
Perbandingan negara-negara Afrika.


5 bidang kajian Task Shifting :

  • Organisasi perkhidmatan rawatan klinikal dengan pendekatan Task Shifting.
  • Mekanisme jaminan kualiti untuk Task Shifting, termasuk penetapan piawai latihan dan peperiksaan
  • Definisi untuk bingkai peraturan terkait untuk menyokong Task Shifting.
  • Pandangan dan penglibatan orang-orang yang hidup dengan HIV/AIDS
  • Implikasi pembiayaan dalam pendekatan Task Shifting

Saranan Task Shifting

Terdapat 22 Saranan dalam Task Shifting kepada negara-negara terbabit, dibahagikan dalam 5 skop.

A. Saranan-saranan untuk mengambil Task Shifting sebagai inisiatif kesihatan awam

1. Keperluan Task Shifting dalam masalah keterbatasan sumber manusia,
2. Perbincangan bersama stakeholders yang terbabit,
3. Bingkai kerja Task Shifting yang diterima diperingkat nasional di sektor-sektor kritikal,
4. dan keperluan informasi demografik - sejauh mana sumber manusia yang boleh dipakai dan sejauh mana Task Shifting sudah berlaku.
B. Saranan-saranan untuk mencipta persekitaran undang-undang yang membenarkan Task Shifting

5. Semakan Undang-undang sedia ada perlu dilakukan untuk mempromosi dan melindungi cadres.
6. Strategi fast-tract dalam pendekatan untuk semakan undang-undang
C. Saranan-saranan untuk menjamin mutu rawatan

7. Mencipta mekanisme menjamin mutu rawatan - tetapan proses, pemantauan, dan peningkatan kualiti.
8. Menetapkan tanggungjawab dan tahap kecekapan cadres
9. Pendekatan latihan yang sistematik harmoni, berbasis kecekapan dan piawai, dan akreditasi kepada semua tenaga kesihatan mengikut tahap kecekapan yang dipunyai oleh mereka.
10. Program latihan dan pendidikan berpanjangan, dan selalu terikat dengan pensijilan, pendaftaran, dan peningkatan karier yang diiktiraf secara nasional.
11. Penyeliaan pendukung dan pemantauan klinikal disediakan secara berstruktur mengikut team.
12. Memastikan prestasi cadres dinilai mengikut tanggungjawab yang ditetapkan, piawai dan tahap kecekapan
Task Shifting untuk Perkhidmatan HIV/AIDS...
Perbandingan dengan Tugas Tradisional


D. Saranan-saranan untuk menjamin keberlangsungan

13. Penyediaan insentif yang sesuai untuk pekerja kesihatan dengan penambahan tugas.
14. Upah yang cukup untuk pekerja tetap dalam kesihatan, dan insentif yang sesuai.
15. Negara dan penderma harus memastikan pelan Task Shifting mempunyai dana yang cukup.
E. Saranan-saranan tentang organisasi perkhidmatan rawatan klinikal

16. Mempertimbangkan jenis-jenis Task Shifting yang perlu diambil sesuai dengan keadaan.
17. Sistem Referral (Rujukan) yang effisyen untuk menyokong decentralization.
18. Ahli klinik bukan doktor (Non-physician clinicians/NPC) secara selamat dan effektif boleh mengambil kebanyakan tanggungjawab klinikal dalam konteks terbabit
19. Jururawat dan bidan secara selamat dan effektif boleh mengambil kebanyakan tanggungjawab dalam perkhidmatan HIV dalam konteks terbabit.
20. Pekerja kesihatan masyarakat (termasuk pesakit HIV/AIDS) secara selamat dan effektif boleh mengambil tanggungjawab tertentu dalam perkhidmatan HIV dalam konteks terbabit.
21. Pesakit HIV/AIDS yang tidak terlatih dalam kesihatan harus bertanggungjawab dalam sebahagian aspek rawatan diri, mendukung yang lain dalam membenteras stigma dan diskriminasi.
22. Cadres, seperti ahli farmasi, ahli makmal, ahli teknik farmasi dan makmal, pengurus dan pentadbir harus turut menggembleng tenaga dalam spektrum kesihatan yang lebih luas.
Disket Task Shifting. Alur Hierarki Pengalihan Tugasan



Glosari:

*Stakeholders - orang yang berminat, mempengaruhi dan dipengaruhi secara langsung oleh sesuatu muamalat.
*Cadres - sekumpulan manusia yang dilatih dengan tugas yang spesifik.
*Decentralization - proses pengagihan kuasa/tanggungjawab daripada pusat kepada pengurusan yang lebih bawah.

Rujukan:

1. First Global Conference on Task Shifting
2. Task Shifting: Rational Redistribution of Task among Health Workforce Team
3. Wikipedia: Decentralization


Tuesday, November 30, 2010

I4: Dedikasiku Untuk Hari AIDS Sedunia~ ('',)



Setiap tahun, 1 Disember merupakan Hari AIDS Sedunia. Saya pun tak nak ketinggalan mendedikasikan sesuatu untuk pejuang-pejuang AIDS di luar sana.

Siapa Tahu Tema Hari AIDS Sedunia tahun ini??
Tema Hari AIDS Sedunia adalah "Universal Access and Human Right"...

Fellow public health students, that's sound familiar isn't it?
Setiap tahun, Tema Hari AIDS Sedunia berkait rapat dengan apa yang kita belajar pada block 4.2 banyak tentang kesihatan awam ini. Kalau tak percaya lihatlah sendiri Tema Hari AIDS sedunia saban tahun (klik di sini).

Saya akan berbicara di post lain tentang block 4.2 dan Hari AIDS Sedunia.

Dalam pos ini, kawan-kawan, marilah kita bersama-sama mendoakan agar pandemik AIDS yang mematikan dapat dibendung, pesakit dan keluarga mereka sentiasa tabah dibawah bayangan rahmat-Nya, dan semoga Allah bersama-sama kita dan melindungi kita. Amin.

Monday, November 29, 2010

I3: "Too Much of Anything Can Make You Sick"

"Too much of anything can make you sick,
Even the good can be a curse, curse..."

Fight For This Love
Nyanyian Cheryl Cole


Saya baru terdengar lagu ni, dan teringat pasal artikel surat khabar berbahasa Inggeris di Malaysia, kat The Star ni, bertajuk Too Many New Doctor and Too Few Hospitals to Train Them

Artikel ini melaporkah bahawa terjadi lambakan doktor baru di Malaysia yang menjadi HO (Houseman), dan sedikit hospital pendidikan dan pakar untuk mendidik mereka. Hal tersebut menjadi-jadi sejak kementerian kesihatan menambah tempoh Housemanship daripada 1 tahun menjadi 2 tahun, untuk meningkatkan kemahiran doktor.


Jalur Karier Doktor di Malaysia dan Jangkaan Waktu


Kerajaan Malaysia Umumnya berusaha untuk mengecilkan nisbah doktor-penduduk kepada nilai optimun 1:600 pada tahun 2020. Kita masih tak mencapai target ini. Maka, kerana itulah kerajaan banyak menghantar pelajar ke luar negara, ditambah dalam negara pula yang memang dah banyak. Namun, ternyata wujud masalah lain pula - doktor baru banyak, tetapi sedikit pakar dan sedikit pula hospital.

Kerajaan telah mempromosi kemasukan doktor-doktor dari luar (terutamanya doktor pakar) ke dalam Malaysia, tetapi masih mengekalkan peraturan Pendidikan Pasca-Ijazah untuk Specialist (pendidikan sebelum jadi doktor pakar la maksudnya tuh) hanya boleh diambil di dalam negara untuk kebanyakan subjek.

Poster nisbah doktor-penduduk pada tahun 2007, Malaysia 1:1400

Tetapi, peliknya, di Malaysia, ada banyak doktor HO dilaporkan menghidap minor mental disorder (Penyakit Mental Kecil) kerana terlampau tertekan dengan beban kerja dan kononnya bekerja selama 36 jam tanpa henti, walaupun banyak doktor HO lain. Macam mana tu?

Ada juga kekhuatiran sebab kononnya graf supply-demands dan lari, kerajaan nak tarik elaun kritikal. Hmmm... payah tu.


Cadangan Untuk Membaiki Sistem

1. Oleh sebab masalah utamanya adalah nisbah fasiliti pendidikan perubatan - hospital pendidikan... maka, cadangan untuk menaiktarafkan beberapa hospital daerah sebagai hospital pendidikan perlu dipertimbangkan. Membesarkan hospital awam atau buat yang baru juga baik.

2. Daripada berkerja dan mendidik doktor selama 2 tahun di dalam hospital pendidikan, apa kata jikalau doktor-doktor HO dihantar klinik-klinik pendalaman, kem-kem tentera, pusat kesihatan orang Asli dan dilatih menjadi Family Physician dan/atau Pegawai Kesihatan Awam di sana. Sekurang-kurangnya, pendidikan doktor tidak terlalu berbasis klinikal. (Idea daripada UGM)

3. Doktor HO dah ramai, daripada biar mereka bekerja marathon selama 36 jam, buatlah satu peraturan untuk mengehadkan tempoh masa kerja doktor kepada 12-14 jam sehari, dengan sekurang-kurangnya 8 jam rehat. Doktor yang dimanjakan akan memberikan perkhidmatan yang manja kepada pesakit.

4. Kurangkan kembali tahun HO kepada 1 tahun.

5. Banyakkan kerusi di universiti awam untuk doktor-doktor baru dan GP lama lekas-lekas menjadi pakar.

6. Tingkatkan tumpuan dalam bidang penyelidikan, dan rekruit banyak doktor baru untuk terus masuk dalam penyelidikan.

7. Galakkan pengkhususan doktor kepada tugas-tugas yang diminati. Kesian kat doktor-doktor yang masuk klinikal selama 2 tahun untuk menjadi cikgu Pendidikan Jasmani Kesihatan, pensyarah, penyelidik atau ketua hospital.

8. Pakai doktor-doktor baru untuk menjadi menampung kekurangan tenaga di sektor pendidikan dan kesihatan awam.

9. Banyakkan tugas doktor di hospital, sekaligus tingkatkan autonomi dan kekuasaan mereka.

10. Wujudkan hospital-hospital pengkhususan untuk pendidikan.

Beberapa polisi harus diubah supaya lambakan di peringkat HO atau Doktor Umum (GP) tidak berlangsung. Membina fasiliti yang cukup memang sangat perlu. Bagi doktor baru pula, peluang pengkhususan adalah sangat penting. Peluang untuk penyelidikan ilmiah, peluang untuk terlibat dalam pendidikan dan kesihatan awam juga perlu diwujudkan. Lainlah kalau kerajaan memang sengaja melambakkan doktor umum supaya boleh mengurangkan gaji mereka. Lambakan GP dan HO bukan hanya disebabkan oleh banyaknya siswazah, tetapi juga promotion and specialization system yang sulit.

In Medicine, Too Much of Anything Can Make YOU SICK~!
In Public Health, Too Much of Anything Can Make YOU AND WE SICK~!

Sunday, November 28, 2010

I2: Lawatan ke Posko Pengungsi Maguwoharjo

Pada sabtu, 27 November 2010, saya dan 6 kawan-kawan batch 2007 Inter FK UGM telah meninjau keadaan di Posko Pengungsian (Pos Penempatan Sementara) Suvivor Bencana Merapi di Stadium Maguwoharjo.

7 Orang Angkatan 2007,
Sebenarnya, Dragon Ball ada 7 biji semuanya, dan dipegang oleh mereka.


Tujuan kedatangan saya adalah untuk:
1. Meninjau keadaan tempat dan survivor pengungsian bencana Merapi.
2. Mendapatkan maklumat mengenai keperluan prioriti semasa survivor bencana.

3. Melaporkan keadaan di penempatan survivor bencana kepada rakyat Malaysia umumnya, dan pelajar Malaysia di Yogyakarta khususnya.

4. Membantu apa-apa yang perlu.
5. Mempelajari keadaan sosial dan psikologi survivor di penempatan.

6.Membangkitkan rasa kepedulian terhadap warga yang terkena bencana dan kehilangan tempat tinggal.

Para Peninjau bertolak ke Stadium Maguwoharjo pada pukul 8 pagi dan tiba di sana pada jam 9 pagi. Kitorang kemudiannya melawat pos kesihatan Fakultas Perubatan (Medical Faculty) UGM dan kemudiannya ke Pos Logistik. Di pos logistik, kitorang menemui senarai keperluan survivor bencana.

Barang-Barang Prioriti untuk Para Pengungsi Bencana Merapi di Manguwoharjo

Kemudiannya kitorang mengelilingi kawasan stadium, dan penempatan survivor. Terdapat beberapa pos seperti pos agama (surau dan gereja), pos makanan, pos logistik, pos pendidikan, dapur dan pos kesihatan.

Kanak-kanak dan Rumah Ingatan Peribadi mereka yang sudah R.I.P


Kat sana, saya turut berborak dengan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun. Lupa pula nama dia siapa. Dia menceritakan kepada saya mengenai keadaan dan ketakutannya ketika Merapi meletus - katanya goncangan bumi sangat kuat dan dia bersama-sama bapanya menaiki motor. Mbah dia pun turut dievakusi, namun telah pulang ke rumahnya. Kata dia, semua ahli keluarganya selamat. Alhamdulillah.

Interogasi (tak lah tengah bersembang)~!!!!


Kanak-Kanak dan 2 Duta ...???... untuk Merapi

Selepas bersiar-siar, Saya, Sue-Dien, dan E-Cah membantu menyediakan makanan di pos makanan sementara kumpulan mahasiswa lain mendapatkan informasi daripada pos psikologi tentang keadaan psikologi di sana. Kitorang membantu sekumpulan tentera menyediakan makanan. Kata mereka, ada 6500++ pengungsi, dan mereka menyediakan makanan lebih daripada 7500 untuk sukarelawan dan tentera sendiri.

Anak-anak rajin membantu ibu di dapur

Kami turut berbual-bual kosong mengenai ketenteraan di Indonesia. Kami turut menyentuh isu tentang rokok, cara-cara pencegahan dan berhenti merokok. (those soldiers like to smoke cigarettes, and even bring it as essential thing during their military training...)

Selepas itu, kami pergi ke Pos DINAS Kesihatan Sleman. Di sana kami bersembang bersama doktor, psikiatris dan ahli farmasi.

Kepada Group 6 Inter 2007, bilangan ubat mereka HANYA banyak ini.
Tak sampai 11,250 botol NaCl 0.9% pun.

Kitorang balik rumah pada pukul 11.30 pagi. Oleh sebab post William lebih ekstensif mengenai perkara ini, kalau nak tau lebih lanjut, korang pergi la tengok pos William. Ada gambar saya kat situ... hehehehe~!

Galeri Gambar:


Masalah Psikologi Sukarelawan. Bukan Pengungsi saja yang menghadapi masalah Psikologi



MAGUWOHARJO...



Survivor Merapi mencari rezeki dengan lukisan. Mereka menjual lukisan ini.
Pemberdayaan sumber manusia di Maguwoharjo.

Gambaran Allahyarham Mbah Maridjan dalam kenangan...



Keadaan di Pengungsian, bahagian bawah... (DITONJOLKAN HANYA UNTUK TUJUAN PENDIDIKAN)





Kesimpulannya:

Jom Bareng ke Sana~!=)





Thursday, November 25, 2010

L7: Aspek Undang-Undang dalam Pengamalan Perubatan (di Indonesia) dan Perbandingan dengan Malaysia

Baiklah kawan-kawan... Hari ni, saya akan membincangkan topik yang agak berat... Berat mata memandang (maksudnya mengantuk), berat lagi tangan saya nak tulis... hahaha...

Isu kali ni agak susah. Tentang Undang-Undang Perubatan. Saya boleh saja daripada copy and paste lecture notes, tapi lecture notes saya semuanya pasal Undang-Undang di Indonesia. Tapi, saya perlu la tulis tentang Undang-Undang di Malaysia juga. Sebab saya orang Malaysia.

Sebelum bincang undang-undang panjang berjela-jela, jom kita tengok dulu Kewajiban dan Hak Pesakit, dan juga Kewajiban dan Hak Doktor. Saya beranggapan bahawa hal ini adalah universal meskipun sumber saya ini memang 100% berasaskan pencarian daripada UU RI no 29/2004.1, 2

Kewajiban Pesakit
  1. Bercakap benar kepada pengamal perubatan
  2. Mematuhi nasihat dan peraturan
  3. Bertanggungjawab untuk perbelanjaan kesihatan
Hak Pesakit
  1. Mendapat penjelasan yang terang dan difahami
  2. Mendapat pandangan daripada doktor yang berbeza-beza
  3. Mendapatkan perkhidmatan kesihatan
  4. Menolak prosedur perubatan
  5. Mendapat laporan perubatan
Hak Doktor
  1. Mendapat perlindungan undang-undang/peraturan dalam pengamalan
  2. Mendapat informasi yang jujur daripada pesakit dan yang berkaitan.
  3. Mendapat aturan piawai professional
  4. Mendapat pendapatan
Kewajiban Doktor
  1. Memberi perkhidmatan kesihatan mengikut prosedur dan piawai yang ditetapkan
  2. Merujuk kes kepada yang lebih arif apabila sulit atau susah dilakukan sendiri
  3. Menjaga kerahsiaan pesakit
  4. Menolong penderita dalam kes kecemasan
  5. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.
INDONESIA
Undang-Undang RI no 29/2004
Tentang Praktek Kedokteran
1,2


UU no 29/2004 Indonesia disahkan pada 6 Oktober 2004 oleh presiden Megawati dan "diundangkan" pada tarikh yang sama, dengan 12 Bab, dan 88 Fasal (artikel).

Undang-undang ini mengatur:

  1. Dasar dan tujuan pengurusan pengamalan perubatann yang menjadi landasan yang disandarkan pada nilai ilmiah, manfaat, keadilan, kemanusiaan, keseimbangan serta perlindungan dan keselamatan pesakit.
  2. Pembentukan Konsil Kedokteran Indonesia (KKI) yang terdiri atas Konsil Kedokteran dan Konsil Kedokteran Gigi serta susunan organisasi, fungsi, tugas, dan kuasa.
  3. Pendaftaran doktor dan doktor gigi.
  4. Penyusunan, penetapan, dan pengesahan standard pendidikan doktor dan doktor gigi.
  5. Pengurusan pengamalan perubatan. (Termasuklah laporan perubatan)
  6. Pembentukan Majelis Kehormatan Disiplin Kedokteran Indonesia (MKDKI)
  7. Pembinaan dan pengawasan pengamalan perubatan.
  8. Prosiding tata tertib dan hukuman.

MALAYSIA
Undang-Undang Malaysia Akta 50
(Akta Perubatan 1971)
3

Undang-Undang ini merupakan Malaysian counterpart bagi UU RI no 29/2004. Mendapat perkenan diraja pada 27 September 1971, dan diwartakan pada 30 September 1971, Undang-Undang ini mempunyai 7 bahagian dengan 44 artikel.

Undang-Undang ini lebih awal, tetapi lebih ringkas berbanding UU RI no 29/2004. Undang-undang ini menyentuh tentang:

  1. Pembentukan, keahlian, organisasi, fungsi, tugas dan kuasa Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  2. Pendaftaran Pengamal Perubatan
  3. Prosiding tata tertib bersangkutan dengan MMC
  4. Prosiding dan hukuman bagi penipuan pendaftaran, dan kesalahan-kesalahan menyerupai pengamal perubatan.
  5. Pengecualian pengamal kaedah terapeutik Melayu, Cina, India dan Asli yang tidak berbasis sains moden daripada akta ini.




Rujukan:

1. Lecture Note: Legal Aspect of Medical Practice
2. Undang-Undang Praktek Kedokteran (UU no. 29/2004)
3. Undang-Undang Malaysia Akta 50: Akta Perubatan 1971







Wednesday, November 24, 2010

L6: Perdagangan Internasional dalam Kesihatan

Pada era Globalisasi, perdagangan internasional makin meletup. Walaupun beberapa kerajaan (contohnya Malaysia) masih tidak terbuka 100 peratus, aliran eksport-import memang makin bercambah. Hal ini berbeza dengan zaman Melaka, yang peraturan perdagangannya tidak seketat sekarang, namun perdagangannya tidak serancak kini.

Kesihatan merupakan salah satu bentuk perkhidmatan, dan perkhidmatan merupakan suatu perniagaan dan perdagangan. Kawan-kawan, doktor adalah bukan saja seorang artis + saintis, tetapi juga pegawai kebajikan + businessman.

4 Mode Pedagangan Antarabangsa dalam Membekalkan Perkhidmatan1,2

Menurut GATS, Terdapat 4 Jenis Perdagangan Antarabangsa dalam membekalkan perkhidmatan iaitu:

1. Perdagangan Melangkaui Sempadan (Cross-Border Supply)

Pengguna berada di negaranya, pengeluar perkhidmatan berada di negaranya juga, cuma kepakaran, dan perkhidmatannya diberi melalui medium-medium komunikasi.

Perkhidmatan disediakan tanpa bertemu muka antara pengguna dan pengeluar.

Di US, hospital-hospital mereka mengupah pakar radiologi di India (yang berada di India) untuk menterjemah hasil radiologi (x-ray, CT-Scan, dsb), kerana upahnya lebih murah. Mereka menghantar gambar radiologi melalui internet, dan mendapatkan konsultasi dan terjemahan radiologi itu melalui internet juga.

2. Konsumsi di Luar Negara. (Pelancongan Perubatan - Medical Tourism)

Pengguna, ke luar negara untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di luar.


Contohnya, rakyat Malaysia pergi ke Thailand untuk pembedahan menukar jantina atau "memuatkan" silikon/garam dalam payudara.

3. Kehadiran Komersial

Pengguna berada dalam negara, tetapi terdapat pihak dari luar negara yang melabur di sektor kesihatan negara pengguna. Pengguna dan pengeluar perkhidmatan berada dalam satu negara, dimangkinkan oleh pelaburan asing

Contohnya, Columbia Asia sebuah syarikat beribu pejabat di Malaysia, melabur dan mempunyai beberapa kemudahan kesihatan di India.2

4. Kehadiran Natural

Pengguna berada dalam negara, tetapi terdapat tenaga kepakaran dari luar negara diambil bekerja dalam sektor kesihatan negara pengguna.

Di Malaysia, kerajaan mempromosi kehadiran natural dengan menggalakkan pakar (specialist) dari Timur Tengah dan negara Asia lain untuk bekerja di Malaysia. Kehadiran doktor asing ini dikenali dengan istilah Natural Presence (Kehadiran Natural).3






Kos merupakan antara salah satu faktor terjadinya perdagangan dalam kesihatan.
Kos kesihatan yang mahal di US menggalakkan rakyatnya untuk pergi ke negara lain untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan.




1. Lecture Note
2. Wikipedia: General Agreement on Trade in Services
3. Wikipedia: Columbia Asia

Tuesday, November 23, 2010

P2: Audit Klinikal

Audit Klinikal? Apa tu? Check duit dalam hospital atau klinik ker?

Sebenarnya tidak, audit klinikal itu tak der kaitan dengan duit langsung. Tapi, audit klinikal, seperti konsep audit, merupakan evaluasi atau pemeriksaan individu, organisasi, proses, enterprise, projek atau produk, untuk meningkatkan mutunya.

Audit Klinikal adalah proses yang bermatlamatkan peningkatan mutu untuk membaiki perawatan pesakit dan hasil-hasilnya dengan semakan rawatan secara sistematik mengikut kriteria eksplisit dan implementasi perubahan.1

Audit Klinikal merupakan salah satu elemen Clinical Governance. Clinical Governance bermaksud sistem yang mengawal selia peningkatan mutu perkhidmatan kesihatan secara bersih dan boleh dipecaya.

Clinical Governance dan Tiang-Tiangnya.


Jenis-Jenis Audit

Terdapat 4 jenis audit paling umum dalam Audit Klinikal.

  1. Audit Berbasis Standard
  2. Pemantauan Insiden Kritikal dan Penapisan Kejadian Adverse (Adverse occurrence screening and critical incident monitoring)
  3. Ulasan Peer (Peer review)
  4. Survei Pesakit dan Kumpulan Fokus.2
Prosedur

Di dalam lecture, kita mostly fokus pada Audit Berbasis Standard. Prosedur Audit Berbasis Standard adalah1:

  1. Mengenalpasti masalah dan isu.
  2. Mendefinisi kriteria dan standard
  3. Mengumpul data.
  4. Membandingkan prestasi dengan kriteria dan standard
  5. Mengimplementasi perubahan
  6. Mengekalkan penambahbaikan


1. Lecture Note
2. Practical Session
3. Wikipedia Clinical Audit

Monday, November 22, 2010

L5: Oh Abang Dewa Yama~!

वैद्यराज नमस्तुभ्यं यमराजसहोदर
यमस्तु हरति प्राणान् वैद्यो प्राणान् धनानि च

vaidhyar aja namah tubhyam yamar ajasahodara
yamah tu harati pranam vaidhyar ajah dhanani cha

Wahai Waidya (doktor), kepadamu aku sembah, sang Abang Yama (Dewa Kematian),
Yama mencuri nyawa, tetapi waidya mencuri nyawa dan harta.

Subhashita Sangraha1



Isu masalah doktor mengeksploitasi pesakit secara kewangan bukan lagi satu perkara baru. Subhashita Sangraha, merupakan salah satu koleksi kata-kata hikmah dalam Sanskrit, dan ditulis sejak zaman sebelum masihi lagi. Kata-kata di atas merupakan salah satu frasanya, sarkasme kepada para doktor.

Namun, tahukah korang, pada zaman moden ni, doktorlah antara paling sikit gaji relatif kepada beban kerja mereka. Cuba korang hitung gaji pokok doktor, di bahagi dengan jumlah jam dan beban mereka harus bekerja. Sikit kan? Terima kasih tak terhingga kepada mekanisme pembayaran kepada doktor, yang merupakan salah satu mekanisme dalam Managed Care (pengurusan untuk mengurangkan kos perubatan).

Bagaimana Mekanisme Pembayaran kepada Perkhidmatan Doktor ditetapkan?

Mekanisme pembayan doktor ditetapkan berdasarkan perjanjian antara doktor dengan pesakit, ataupun pihak ketiga yang mewakili . Pihak ketiga di sini termasuklah pihak insurans sosial, pihak insurans komersial, Health Maintenance Organizations (ada di US), atau pun kerajaan. Metod, cara pembayaran, tarif perkhidmatan, jenis perkhidmatan, dsb ditetapkan dalam perjanjian tersebut.

Siapa yang Bayar? Kenapa Beza-Beza?

Sistem Kewangan Kesihatan, merupakan salah satu sistem paling rumit dan kompleks - Gabungan antara sosialisme dan kapitalisme. Sistem Kewangan Hospital Awam berbeza dengan Hospital Swasta. Dan di Hospital Awam pula, ada sebahagian perkhidmatan dianggap sebagai komersial, dan ada yang dianggap sebagai tidak komersial. Kalau bagi lecture 2 jam pun tak habis nak cakap. Apatah lagi nak tulis.

Cara Mekanisme Pembayaran kepada Doktor2



Macam inikah Doktor mendapat bayaran daripada perkhidmatannya?


  1. Bajet Global
  2. Per Kepala (Capitation)
  3. Bayaran berbasis Kes Diagnostik (DRG)
  4. Per Diem
  5. Bajet "Line Item"
  6. Bayaran untuk perkhidmatan (Fee-for-Service)

Dalam 7 ni, hanya yang ke-6 sahaja yang retrospektif (perkhidmatan dulu, then baru dapat duit), yang ke-5 boleh jadi dua-dua, dan yang lain tu, adalah bayaran prospektif (bayar dulu, baru bagi perkhidmatan)

Dalam lecture, kita belajar ada 3 yang utama iaitu
  1. Fee-for -Service (Bayaran untuk perkhidmatan),
  2. Capitation (Per Kepala)
  3. Salary (berbasiskan waktu dan bajet, seperti per diem).

So, yang 3 ni saya nak bincang kat sini tambah lagi 1, iaitu DRG.

Biasanya, dalam perkhidmatan kesihatan awam, kat hospital-hospital atau klinik kerajaan, biasanya doktor dapat duit dengan gaji, atau bayaran per kepala, atau bayaran per kes.

GAJI PER WAKTU

Contohnya kalau gaji (per waktu), so katakanlah, doktor kerja daripada 6 pagi sampai 5 petang, rate sejam RM 7, maka, calculate la, sehari RM 77, sebulan RM 2310 ringgit. Tapi bayaran dia dah bagi awal-awal bulan dah. Means, tak tolak cuti whatsoever. Kerajaan* memang dah bajet kita kerja banyak tu, dah tolak dengan kemungkinan EL (Emergency Leave), cuti bersalin, cuti ambil anak, cuti umum dsb. Dan dorang dah bagi gaji siap-siap.

Mekanisme ini menggalakkan doktor untuk berada di tempat dia berkerja, tapi tak tau la tentang perkhidmatan yang diberikan. Kalau kerja Over Time, OMG~! dapat gaji lebih kan? So, dapat bayaran lebih secara retrospektif. Syaratnya orang kerja Over Time, waktu kerja yang betul-betul (0800-1700) kena ada. So, mestila dorang lebih semangat kerja kat Hospital waktu sebenar dan lebih masa.

CAPITATION (Per Kepala)

Kalau contoh pembayaran ikut "per kepala", pun sama. Kerajaan* bajet ade 1200 orang kat suatu tempat, dan ada sorang doktor untuk dorang. So, dorang kira, satu kepala RM 2 ringgit. So, dapatlah doktor tu RM 2400 gajinya. Tak kiralah kalau semua 1200 orang tu pergi 1000 kali pun, still bajetnya ada RM 2 per kepala. Kalau tak ada yang jumpa doktor, fuh, baguslah. Maksudnya kesihatan negara bagus dan... bagus untuk doktor.

Mekanisme Pembayaran ini menggalakkan perkhidmatan yang melepas batuk di tangga, tetapi menggalakkan keberkesanan rawatan, kerana doktor tak mau terus-menerus setiap hari merawat sesorang dengan hanya RM 2. Kerana itu rawatan perlu berkesan.

Tak silap saya, Kerajaan Malaysia mengamalkan mekanisme ini dalam penetapan dan pembayaran gaji kepada doktor di Hospital Kerajaan. Kebanyakan Health Maintenance Organization di US juga membayar gaji kepada doktor swasta (hampir semua pembekal kesihatan di US adalah swasta) melalui cara ini.

DRG (Bayaran berbasis Kelompok Kes Diagnostik)

DRG - Diagnostic Related Group merupakan bayaran per kes, contohnya, dalam sebuah tempat, kerajaan menganggar ada 1 kes HIV, 2 kes Pneumonia, 4 TB dan 400 kes demam (Kecuali HIV), 400 batuk (kecuali Pneumonia dan TB). Bajet untuk kes HIV adalah RM 200, kes Pneumonia RM 100, kes TB RM 100, kes deman RM 2, kes batuk RM 2, maka, bayaran yang diberi untuk doktor adalah RM 2400. (tapi DRG juga memasukkan bayaran untuk perkhidmatan lain, seperti pemeriksaan makmal dsb).

Managed Care Organization terbesar di Indonesia iaitu, sebuah institusi Insurans Kesihatan Sosial (Jamkesmas) menggunakan DRG. Ini bermaksud, syarikat insurans membayar doktor dengan bayaran gaji yang telah ditetapkan berdasarkan kes-kes diagnosis yang ada di suatu tempat. Mereka berharapan agar doktor berkerja keras untuk mengurangkan kes tersebut, dan mereka akan mendapat saki duit daripada lebihan bajet. Sekiranya dijangkakan ada 100 kes deman, doktor diberi gaji untuk 100 kes, tetapi jika doktor menangani 80 kes tersebut dengan promosi mengurangi tempat pembiakan Aedes dsb, maka, 80 daripada baki bajet merupakan insentif untuk doktor.

FEE FOR SERVICE

Dalam kes Fee for Service (Bayaran untuk Perkhidmatan), biasanya lebih kepada sisi komersial sesuatu perkhidmatan. Dalam Fee For Service, contohnya kat klinik-klinik swasta, doktor pegang-pegang sikit, pastu bagi ubat dan kena bayar RM 40 untuk perkhidmatan doktor (belum termasuk ubat).


Out Of Pocket biasanya ada kaitan dengan Fee for Service,
dan kononnya mengurangkan perlindungan kewangan terhadap pesakit.


Kebaikan sistem ini adalah kebaikan-kebaikan yang korang selalu nampak di Hospital dan Klinik swasta yang korang pergi. Doktor yang ramah selalu tersenyum, memberikan perkhidmatan yang bagus, beratur tak panjang dsb. Doktor juga mempunyai kecenderungan untuk memberikan perkhidmatan yang baik, "terlalu ambil berat" terhadap pesakit, sehingga kadang-kadang memberikan perkhidmatan-perkhidmatan yang tak perlu. Pesakit pun menurut sebab tak berapa arif, dan tiba-tiba saja macam-macam item yang perlu dijelaskan dalam bil.




*Rujuk Sistem Kewangan Kesihatan, Malaysia adalah negara dengan Sistem Kewangan Berbasis Cukai. Maka, kerajaan adalah Organisasi Managed Care dalam banyak kes ini. Di Indonesia, Sistem Kewangan berbasis Insurans Sosial digunapakai, maka organisasi Insurans Sosial menggantikan fungsi "kerajaan" dalam banyak kes. Di US, Sistem Kewangan Kesihatan berbasis Komersial, ini bermaksud, kebanyakannya pesakit dijaga oleh Insurans Swasta dan HMO. Di negara yang berbasis komesial tetapi Insurans Swastanya tidak maju, maka pesakit membayar sendiri perkhidmatan diberikan. (Fee for Service)


Kesimpulan

Duit tak datang kepada doktor dengan bergolek atau melayang. Bahkan sekarang ni lebih susah. Doktor bukan lagi Abang Yama, tetapi Abang Yama yang sebenar sekarang ini adalah orang yang menguruskan kewangan kesihatan dan menguruskan pembayaran kepada doktor. Lainlah kalau doktor itu buka klinik swasta, dan tiada kerajaan yang mengawal kesihatan dan tiada insurans langsung di negara itu.

Pada masa hadapan, doktor boleh membuat pilihan sama ada boleh terus untuk berkhidmat dalam Managed Care yang menyaksikan aliran pesakit yang terus berlangsung (siapa tak pergi hospital kerajaan, atau hospital panel yang membuat perjanjian dengan syarikat insurans mereka?) tetapi dengan gaji yang ditetapkan oleh orang lain...

ATAU

mencuba untuk mencari duit dengan cara yang lebih berisiko tetapi mendatangkan keuntungan - Swasta, Kapitalistik, Pasaran Liberal dan Berbasis Tawaran-Permintaan dengan Pesakit. Health Maintenance Organization mereka sangat kuat di US, sungguhpun berpasaran bebas. Di mana yang penduduknya tidak dijaga oleh negara, dan mempunyai insurans yang tidak berkembang supaya kita boleh mendapat wang yang banyak? Mungkin di negara yang berperang, negara yang sangat miskin (still tak leh kaut untung jugak) atau di negara yang kaya raya, tetapi pada zaman tamadun India klasik, tatkala Subhashitta Sangraha ditulis. Abang Yama (Doktor/Waidya) harus bekerjasama dengan Abang Yama lagi satu iaitu
Managed Care Organizations.

Rujukan:

1. Subhashita Sangraha
2. Provider Payment Mechanism