Secangkir Madu dan Buluh Perindu

Blog ini direka sebagai salah satu kontrak pengujian dalam block PBL 4.2 Health System and Disaster. Penulis menggunakannya sebagai wadah perkongsian ilmu, dan merupakan salah satu cara penguatkuasaan peraturan peribadi saya iaitu "sehari belajar satu jam". Hehehehe~

Untuk tujuannya, Blog ini berpengantar bahasa Melayu Malaysia kerana beberapa sebab.

Untuk lebih lanjut, anda boleh merujuk pada mukaddimah "Sekalung Wadah Sebelum Meredah... (';')".

Those who didn't understand what I'm talking about, you can proceed to my introduction in English on the topic "Flower Necklaces at The Entrance" or translate my writing at Google Translator.

Terima Kasih, Thank You Very Much.

Monday, November 15, 2010

L2: Kewangan Kesihatan



Wah… kewangan… topik best ni… Imran kan suka duit… muahahaha~!
Hmmm… post kali ini penulis akan bercerita tentang Kewangan Kesihatan sebab saya ni petualang mata duitan… Gurau jer… Seperti yang dah dibincangkan, Kewangan merupakan salah satu sub-sistem yang penting dalam Sistem Kesihatan.

Ish… untuk Apa Semua Nih… For What (baca dengan gaya artis)??X!!

Fungsi Sistem Kewangan Kesihatan1

Ada 3 fungsi Sistem Kewangan Kesihatan (sebenarnya mana-mana Sistem Kewangan pun):
  1. Memungut Pendapatan (Revenue Collection)
  2. Mengumpul Perbendaharaan (Pooling)
  3. Membelanja (Purchasing)

Fungsi Sistem Kewangan Kesihatan


Objektif 1

  1. Meningkatkan pendapatan yang cukup dan berterusan.
  2. Menguruskan pendapatan dengan adil dan berkesan.
  3. Mencipta kumpulan kewangan untuk jaminan kesihatan.
  4. Memastikan perbelanjaan perkhidmatan kesihatan dialokasikan secara efisyen.
  5. Supaya pakej perkhidmatan kesihatan asas perorangan dapat disediakan untuk meningkatkan hasil kesihatan dengan perlindungan kewangan dan kepuasan pengguna.

Macam mana dapat duit tuh?

Sumber-sumber Kewangan Kesihatan2,3

  1. Cukai
  2. Insurans Kesihatan Sosial
  3. Keluar-dari-Saku (lawak betul translate ni~!)
  4. Insurans Persendirian/Sukarela
  5. Sumbangan
  6. Insurans Kesihatan Komuniti


Sumber – sumber sistem kewangan tidak terhad kepada satu-satu sumber sahaja. Namun biasanya, sesuatu sumber kewangan lebih dominan daripada yang lain. Terdapat 3 sumber yang paling umum dan dominan, dan biasanya sistem kewangan kesihatan mendapat nama daripada situ. 3 sistem tersebut adalah:

  1. Sistem Berasas Cukai
  2. Sistem Kesihatan Komersial
  3. Sistem Berasas Insurans Kesihatan Sosial

Contoh negara yang mengamalkan sistem kewangan kesihatan berasaskan cukai adalah Singapura dan Malaysia. Di kedua-dua negara perkhidmatan kesihatan asas dan umum dibayar daripada cukai yang diperuntukkan oleh kerajaan. Namun, untuk perkhidmatan yang lebih pesakit akan membayar sendiri, melalui insurans, perlindungan atau sebagainya.7

Sistem Berasas Cukai harus dikawal supaya dampak yang buruk terkendali.

Cukai yang dikutip oleh Kerajaan digunakan untuk membiaya sistem kesihatan


Di Amerika Syarikat, sistem kesihatan komersial dipraktikkan. Bidang kesihatan adalah suatu bidang perniagaan, dan bergantung kepada pengguna dan pengeluar untuk mencorakkan sistem kewangan dalam bidang kesihatan. Sungguhpun pemerintah AS menaja pembiayaan untuk kanak-kanak, veteran, tentera dan Indians (penduduk asli Amerika), HMO (Health Maintenance Organization) bersama-sama syarikat insurans swasta (kedua-duanya swasta) banyak memainkan peranan penting dalam sistem kewangan komersial di Amerika Syarikat.5 Namun Presiden Obama sedang berusaha mereformasikan sistem tersebut kepada sistem kewangan berbasis Insurans kesihatan Sosial.6

Satira Mengenai Sistem Kesihatan Komersial
Perubatan untuk orang yang tidak mempunyai insurans adalah sehelai kain.

Indonesia mula mengadaptasi sistem kewangan kesihatan berasas insurans kesihatan sosial di peringkat nasional sejak keruntuhan rejim Suharto. Pada tahun 19 Oktober 2004, Rang Undang-Undang Tentang Keselamatan Sosial Nasional dikuatkuasakan. Di bawah sistem ini, orang-orang miskin dan hampir miskin dilindungi oleh skim insurans sosial yang dibayar oleh kerajaan kepada syarikat insurans sosial. Pada tahun 2008, Kementerian Kesihatan mengambil alih peranan pentadbiran dan kewangan serta melindungi 76.4 juta rakyat di bawah skim insurans ini. Pekerja sivil dan pekerja swasta masing-masing telahpun mempunyai skim insurans sosial sendiri sejak 1968 dan 1992. Indonesia sedang merumuskan undang-undang untuk mewajibkan semua rakyatnya mempunyai insurans kesihatan. 1, 4




Berikutnya: Penilaian Keberkesanan Sistem Kewangan Kesihatan

Rujukan


1. Health Financing in Indonesia A Reform Road Map: A Reform Road Map. World Bank
2. Overview of Health Care Financing"
3. Wikipedia: Health Care System
4. Lecture
5. HMO
6. Health Reform Debate in US, Health Care Reform in US, Patient Protection and Affordable Care Act
7. Two-Tier Health Care



Gambar Menyokong Reformasi Kesihatan Obama,
Perkhidmatan Kesihatan adalah Hak Asasi Manusia.


Gambar Menentang Reformasi Kesihatan Obama,
Mengganggap Reformasi Tersebut Adalah Produk Sosialism.



No comments:

Post a Comment