Secangkir Madu dan Buluh Perindu

Blog ini direka sebagai salah satu kontrak pengujian dalam block PBL 4.2 Health System and Disaster. Penulis menggunakannya sebagai wadah perkongsian ilmu, dan merupakan salah satu cara penguatkuasaan peraturan peribadi saya iaitu "sehari belajar satu jam". Hehehehe~

Untuk tujuannya, Blog ini berpengantar bahasa Melayu Malaysia kerana beberapa sebab.

Untuk lebih lanjut, anda boleh merujuk pada mukaddimah "Sekalung Wadah Sebelum Meredah... (';')".

Those who didn't understand what I'm talking about, you can proceed to my introduction in English on the topic "Flower Necklaces at The Entrance" or translate my writing at Google Translator.

Terima Kasih, Thank You Very Much.

Saturday, November 13, 2010

C1: Contoh Sistem



Seperti yang dah tulis sebelum ni, penulis akan bagi contoh mengenai sistem
JENG~ JENG~ JENG~ contoh yang akan dibawa kali ini adalah:

“Sistem Pendataan Tim Evakuasi ke Malaysia”
.


Panjang betul namanya kan? Tapi kebanyakan mesti dah tau dan boleh bayangkan dengan mudah sebab sistem ni memang sangat terkenal dan penting waktu mahasiswa Malaysia evakuasi dulu – Jangan buat-buat lupa.

Terlupa pula nak tulis, salah satu ciri-ciri sistem adalah “Realiti”. Realitinya memang “sistem pendataan tim evakuasi ke Malaysia” memang wujud secara struktural dan berfungsi… Korang pun tau kan…


Komponen

“Sistem Pendataan Tim Evakuasi ke Malaysia” merupakan kesatuan komponen. Komponen ini termasuklah:

  1. Manusia contohnya: William, Tony, Haziq, dsb (bukan nama sebenar)
  2. Materi seperti komputer, kertas, pencetak, handphone, dsb
  3. Dana untuk topap handphone, beli dakwat pencetak, penghargaan dsb
  4. Tatacara perlaksanaan sistem seperti kumpul mahasiswa, kemudian semak, kemudian kenal pasti, kemudian tanda, kemudian dan kemudian dan kemudian… mengikut prosedur.
  5. Pengurusan dan Peraturan untuk mengintegrasikan William, Tony, Haziq, dana, printer dan kertas dalam suatu prosedur dan dasar perlaksanaan.
Hubungan Internal Bersama Komponen

Mereka berhubung antara satu sama lain. Komputer memerlukan Tony untuk hidup, Tony memerlukan komputer untuk menaip.

Komputer disambungkan dengan kabel USB printer untuk proses cetak.Tetapi kertas harus dimasukkan dulu dalam printer yang disediakan oleh PKPMI Solo. William memerlukan pensil untuk menulis lalu data tersebut diserahkan kepada Haziq yang kemudiannya melaksanakan prosedur penyemakan. Fazrul (Regulator) membuat senarai data yang hendak diketahui daripada William dan mengarahkan cara pengambilan data. Fazrul ada dana untuk topap handphone dan belanja Imran yang menolongnya membuat statistik dan menjaga dokumen. (Klausa terakhir adalah kosmetik semata-mata)


Tengok… kan berhubungan kan? Semua yang diwarnakan adalah komponen sistem.

Matlamat Sistem

Apa matlamat sistem pendataan tim evakuasi ke Malaysia? Hmmm… macam-macam la kan… Salah satunya memudahkan urusan imigrasi, penempatan, penangkutan, dan penyemakan anggota. Produk sistem pendataan juga digunakan dalam sistem-sistem lainnya seperti sistem komunikasi.



Output Sistem

Input sistem pendataan telah disebutkan seperti di atas. Matlamat juga telah disebutkan. Prosesnya melibatkan prosedur mencari data, menyusun, dsb. Output sistem pendataan adalah data-data yang diinginkan, sesuai dengan matlamat contohnya Senarai Pembahagian Penerbangan mahasiswa.

Output Sistem Pendataan Tim Evakuasi Bencana Merapi Ke Malaysia
Banyakkan?

Feedback Mechanism

Feedback mechanism
kononnya seperti Hanafiah (bukan nama sebenar), diminta melapor masalah bahawasanya dia tergolong dalam kumpulan prioriti penerbangan pertama mahasiswa, tetapi tidak dimasukkan. Nama Hanafiah kemudian dimasukkan dan disusun kembali.


Batas dan Had Sistem

Batas Pengkhususan. Sudin (bukan nama sebenar) walaupun AJK Tim evakuasi, tetapi tidak terlibat secara langsung dalam sistem pendataan, kerana terjadi pengkhususan sub-sistem di dalam Tim. Batas ini sangat jelas, sehinggakan Sudin jarang mengacau Haziq melakukan tugasnya. Batas Tenaga Manusia. Manusia yang menjadi AJK Data Tim Evakuasi boleh dihitung menggunakan jari, maka, itu adalah keterbatasan Tenaga Manusia dalam AJK Data. Batas Kewangan. AJK Data Tim Evakuasi juga tak mempunyai wang yang banyak, jadi itulah faktor pengehad. Batas Material. AJK Data Tim Evakuasi sepertinya tidak mempunyai masalah material, maka itu bukan faktor pengehad, tetapi masih saja mempunyai satu atau dua lap top saja. Sepertinya faktor pengehad utama adalah batas tenaga manusia dan batas kewangan.

Persekitaran

Persekitaran sistem adalah kumpulan pelajar-pelajar yang dievakuasi, AJK-AJK evakuasi dalam organisasi yang lebih besar, golongan Ansar yang berada di Solo dan Kedubes dan segala yang korang rasa logik untuk diletakkan dalam kategori ini. Sumber Manusia (William, Tony, Haziq) berasal daripada kumpulan pelajar-pelajar yang dievakuasi, sumber materi berasal daripada PKPMI Solo. Daripada persekitaran inilah input-input sistem pendataan diambil, dan kepada mereka kembali, output sistem pendataan dikeluarkan.



Dah faham?

Thursday, November 11, 2010

P1: Laporan Yang Ditolak (The Rejected Report)

Pada 2 November 2010, hari bulan sabit tua di langit, kami mendapat tahu daripada mulut Prof. Dr. Laksono (bukan nama sebenar) bahawa laporan sessi praktikal kami telah ditolak. Kami dengan kecewa menerima berita tersebut dan bertungkus-lumus untuk membuat laporan yang baru.

Alasan laporan kami ditolak adalah “tidak mewakili objektif sessi praktikal”. Kami menganalisis laporan kami. Logik juga alasan tersebut. Masakan hanya satu perenggan saja dipakai untuk merangkum isi-isi yang diingini oleh objektif sessi praktikal, manakala pengetahuan teoritikal mengenai sistem dibincangkan dengan terperinci. Okey, memang macam artikel sistem, bukan laporan sessi praktikal. Prof mempunyai alasan untuk menolak laporan kami. Sigh…

Dalam post kali ini, penulis akan bercakap secara teoritikal mengenai “sistem”. Laporan sessi praktikal tidak memerlukan isi-isi ini tetapi, sepertinya kita harus tahu teorinya juga. Saya akan memberikan contoh mudah iaitu… RAHSIA… baca je la sampai habis. (Gulp? Mudah ker?)

Definisi Sistem

Pelbagai definisi sistem cuba diketengahkan. Saya mengambil definisi paling umum dan paling ringkas pada perenggan ini. Sistem adalah kesatuan komponen yang mempunyai koneksi antara satu sama lain (Mnemonik 3K: Kesatuan + Komponen + Koneksi). Mudahkan?

Ciri-Ciri Sistem

Sistem pun ada sifat-sifat juga. Banyak teoris yang memberikan pandangan masing-masing tentang sifat-sifat sistem. Saya mencerna dan mensistesis sifat-sifat lazim untuk dikongsi di sini. (Mnemonik: SHiPPs):
  1. Struktur => Objek, komponen dan komposisi sistem serta sifat-sifatnya.
  2. Hubungan internal => bahagian-bahagian dalam sistem berhubungan antara satu sama lain secara fungsional dan struktural. Terjadi integrasi, pertukaran tenaga dan material antara bahagian.
  3. Perilaku => Sistem melibatkan proses mengolah input, output, tenaga, informasi dan data, untuk berfungsi.
  4. Persekitaran => Sistem mempunyai batas yang mendefinisikan sistem dengan keadaan atau tempat di mana sistem itu berada. Sistem mendapat input daripada persekitaran dan mengeluarkan output ke persekitaran.

Elemen-Element Sistem

  1. Matlamat – sistem mempunyai matlamat. Tanpa maltamat, sistem tidak mempunyai arah. Sistem biasanya mempunyai lebih daripada satu matlamat.
  2. Input – bahan konkrit atau abstrak yang dimasukkan ke dalam sistem
  3. Proses – Pengolahan bahan-bahan input.
  4. Output – Bahan akhir yang menjadi tujuan sesuatu proses dalam sistem
  5. Batas – Keterbatasan sesuatu sistem dengan persekitaran yang menentukan ruang lingkup dan kemampuan sistem
  6. Feedback Mechanism (Mekanisme Umpan Balik) – Mekanisme yang digunakan untuk mengawal input dan proses, agar output dapat terus dikeluarkan berlandaskan matlamat
  7. Persekitaran – tempat di mana sistem itu berada. Persekitaran amat penting untuk kelangsungan sesuatu sistem. Sistem yang berinteraksi dengan persekitarannya dipanggil sebagai sistem terbuka. Sistem yang bertukar tenaga tetapi tidak bertukar bahan dengan persekitaran dikenali sebagai sistem tertutup. Sistem yang tidak bertukar tenaga dan bahan dengan persekitarannya dikenali sebagai sistem terasing.
Mnemonic: PUB MIPO


Sistem, batas, dan sub-sistem...




WTH?? Tak payah pening2 merumitkan keadaan... ni adalah Sistem juga~!
Ada Input,
Proses, Output dan Mechanisme Umpan Balik.



=)



Tuesday, November 9, 2010

T1: Sistem Kesihatan?? Duh ~;~ Apakah?


“Oh ya, add another one unfamiliar term for me, Health System,” kata Imut dalam bahasa Inggeris

“Hmmm… okay. Who have the definition of Health System?” balas Leader
Keheningan memenuhi ruang tutorial kumpulan 11.

Leader memandang Over yang selalunya sarat dengan definisi-definisi. Kali ini, Over diam membalas pandangan. Ahli-ahli tutorial saling memata-matai (spying over) nota tutorial tutorial kawan-kawan dihadapan dan di sebelah.

“Health system is system for health la…Duh ~;~ Apakah?!”

Oleh sebab ketidakpuashatian Leader, maka, definisi Health System (Sistem Kesihatan) dijadikan Learning Objective (Matlamat Pembelajaran) pada saat itu juga.


Kenapa perlu tahu tentang Sistem Kesihatan? Hello, Saya nak jadi doktor perubatan klinikal, bukan nak jadi doktor atau pakar Kesihatan Awam (Public Health doctor or specialist) ~!

Urmmm… nak tau kenapa? Sebab kita telah pun menjadi sebahagian daripada sistem kesihatan apabila menjadi pelajar perubatan, kerana itu kenalah tau. Sama macam, jadi manusia di muka bumi tapi tak tau apakah bumi… susahlah.

Apakah Sistem Kesihatan? Ups… Apakah sistem terlebih dahulu?

Secara umum dan ringkasnya, sistem merupakan kesatuan atau kumpulan komponen yang berkoneksi. (Mnemonic = 3K = Kesatuan/Kumpulan + Komponen + Koneksi).
Tak nak cakap panjang… kita beralih kepada Sistem Kesihatan. Kalau nak berbincang lebih lanjut tentang sistem, maka, rujuklah “P1: Laporan Yang Ditolak (The Rejected Report)”.
Sistem kesihatan adalah kesatuan komponen (pertubuhan, institusi, sumber daya dan manusia) yang mempunyai matlamat utama untuk meningkatkan kesihatan. 1, 2

Komponen?

Sistem Kesihatan ada beberapa komponen utama. Setiap komponen ini merupakan sub-sistem sistem kesihatan yang bergerak sendiri seperti sistem-sistem kecil. Menurut konsensus, terdapat 6 komponen utama sistem kesihatan iaitu 3:
  1. Kewangan Kesihatan
  2. Sumber Manusia
  3. Perkhidmatan Kesihatan
  4. Pemerintahan dan Undang-Undang
  5. Pemerolehan dan Pengagihan Ubat-ubatan dan komoditi
  6. Sistem Informasi Kesihatan


Komponen Sistem Kesihatan - tak sama dengan komponen yang saya setujui, namun tetap boleh dijadikan contoh


Matlamat dan indikator sistem kesihatan adalah 4:

1. Menaikkan taraf kesihatan masyarakat.

Indikator
  • Jangkaan Harapan Hidup sewaktu Kelahiran (Life Expectancy at Birth).
  • Nisbah Kematian Ibu Bersalin (Maternal Mortality Ration).
  • Nisbah Kematian Bayi (Infant Mortality Ratio).
  • Kadar penyakit.

2. Meningkatkan kecekapan pelayanan kesihatan, seperti yang dikehendaki oleh masyarakat, dan meningkatkan responsif pengguna

Indikator:
  • Bancian Kepuasan Pelayanan Kesihatan
  • Bancian Ekuiti Pelayanan Kesihatan.

3. Perlindungan daripada risiko kewangan dan sosial.

Indikator:
  • Peratusan populasi dengan perlindungan insurans



Demikianlah input dan output dalam sistem kesihatan. Sistem kesihatan mengintegrasi input seperti sebuah mesin yang mengolah bahan-bahan menjadi barangan akhir, sesuai dengan matlamat mesin tersebut...





Sumber
  1. Lecture Note 1:20 (Lecture Note pertama, slide ke-20)
  2. Laman Web WHO
  3. Lecture Note 1:29-31
  4. Wikipedia