Secangkir Madu dan Buluh Perindu

Blog ini direka sebagai salah satu kontrak pengujian dalam block PBL 4.2 Health System and Disaster. Penulis menggunakannya sebagai wadah perkongsian ilmu, dan merupakan salah satu cara penguatkuasaan peraturan peribadi saya iaitu "sehari belajar satu jam". Hehehehe~

Untuk tujuannya, Blog ini berpengantar bahasa Melayu Malaysia kerana beberapa sebab.

Untuk lebih lanjut, anda boleh merujuk pada mukaddimah "Sekalung Wadah Sebelum Meredah... (';')".

Those who didn't understand what I'm talking about, you can proceed to my introduction in English on the topic "Flower Necklaces at The Entrance" or translate my writing at Google Translator.

Terima Kasih, Thank You Very Much.

Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

T4: ZOMBIE~!!!



Manusia dengan Pandemik Zombie


Hari ini, saya menonton sebuah filem Zombie... Resident Evil: Afterlife. Dalam cerita tersebut, dunia telah di landa suatu wabah pandemik yang menukar manusia menjadi tidak boleh berfikir dan dikawal oleh manusia lain. Virus tersebut merebak melalui gigitan zombie yang lain ke dalam salur darah manusia. Nama virus tersebut adalah T-Virus.


Inilah Rupa T-Virus

Takut kan? Seram betul... So, sebelum virus Zombie menyerang kita, kita harus berjaga-jaga~! Macam mana? Itulah yang dinamakan PANDEMIC PREPAREDNESS~! Jeng Jeng Jeng~!

Pandemik terbahagi kepada 8 fasa. Setiap fasa mempunyai langkah-langkah yang berbeza dalam menangani penularan wabah pandemik mengikut kesesuaian fasa masing-masing.

FASA DAN LANGKAH-LANGKAH

FASA

Fasa 1: Tiada T-virus binatang berjangkit dalam kalangan binatang yang dilaporkan menjangkiti manusia.

Fasa 2:
Salah satu T-virus binatang diketahui telah menyebabkan jangkitan kepada manusia; maka dinilai sebagai ancaman yang berpotensi untuk menyebabkan pandemik.

Fasa 3:
Virus Reassortant Influenza Binatang atau Virus Reassortant Influenza Manusia-binatang menyebabkan beberapa kes sporadik dalam kelompok kecil manusia tetapi tidak menyebabkan transmisi manusia-manusia yang cukup untuk dikatakan sebagai wabah peringkat komuniti


LANGKAH-LANGKAH FASA 1, 2 dan 3:

i. Koordinasi dan Perancangan
Mengembang, melaksana, dan memeriksa secara rutin Rancangan Respons dan Persediaan Pandemik T-Virus Nasional.

ii. Pemantauan Situasi dan Pengamatan
Mengembangkan sistem pemantauan nasional dengan kolaborasi pihak berkuasa untuk kesihatan haiwan dan sektor lain yang relevan.

iii. Komunikasi

Menyempurnakan pelan komunikasi dan memulakan aktiviti komunikasi bagi membincangkan risiko sebenar dan risiko yang berpotensi.

iv. Mengurangkan kecepatan penyebaran

Mempromosi tabiat-tabiat yang baik untuk perlindungan individu (basuh tangan, dsb). Merancang penggunaan ubat-ubatan dan vaksin.


v. Kelangsungan Pembekalan Rawatan Kesihatan
Bersedia untuk mengembangkan sistem kesihatan

FASA

Fasa 4: Disahkan berlakunya jangkitan manusia-manusia kepada Virus Reassortant Influenza Binatang atau Virus Reassortant Influenza Manusia-binatang yang mampu mengakibatkan wabak di peringkat komuniti.
LANGKAH-LANGKAH:

i. Koordinasi dan Perancangan
Mengarahkan dan mengkoordinasi aktiviti pembendungan pantas dengan kerjasama WHO.


ii. Pemantauan Situasi dan Pengamatan

Meningkatkan pengamatan, dan memantau aktiviti pembendungan. Kongsi hasil bersama WHO dan komuniti internasional.


iii. Komunikasi

Mempromosi dan komunikasi intervensi yang disarankan untuk mencegah dan mengurangkan risiko populasi atau individu.

iv. Mengurangkan kecepatan penyebaran

Perlaksanaan operasi pembendungan pantas, dan aktiviti lain, bekerjasama dengan WHO dan komuniti internasional sekiranya perlu.


v. Kelangsungan Pembekalan Rawatan Kesihatan
Aktivasi Pelan Kontigensi.


Plants V/S Zombie?

Buang huruf "T", baca sebagai "Plans V/S Zombie".
"PLANS" (rancangan awal) adalah sangat penting dalam mengekang pandemik, termasuklah Pandemik Zombie


FASA

Fasa 5: Virus yang dikenal pasti pada fasa-fasa sebelumnya telah merebak ke 2 negara (atau lebih) dalam wilayah WHO yang sama.

Fasa 6:
Virus yang dikenal pasti pada fasa-fasa sebelumnya telah merebak ke 2 negara (atau lebih) dalam 2 wilayah WHO yang berbeza.

LANGKAH-LANGKAH FASA 5 DAN 6

i. Koordinasi dan Perancangan
Menyediakan pimpinan dan koordinasi kepada sektor-sektor sumber, untuk mengurangkan impak sosial dan ekonomi.

ii. Pemantauan Situasi dan Pengamatan
Mengawasi dan menilai perubahan pandemik dan impaknya, dan langkah-langkah mitigasi


iii. Komunikasi

Meneruskan kemas kini kepada awam dan semua stakeholders dan langkah-langkah mengurangkan risiko.

iv. Mengurangkan kecepatan penyebaran

Perlaksanaan langkah-langkah berbasis individu, masyarakat dan farmaseutikal.


v. Kelangsungan Pembekalan Rawatan Kesihatan

Perlaksanaan Pelan Kontigensi di semua peringkat.

FASA

Tempoh Selepas Kemuncak: Tahap Pandemik T-Virus di negara-negara dengan pemantauan yang memadai, di bawah tahap klimaks pandemik.

LANGKAH-LANGKAH

i. Koordinasi dan Perancangan
Rancang dan koordinasi sumber dan kapasiti tambahan untuk gelombang berikutnya.

ii. Pemantauan Situasi dan Pengamatan

Teruskan pengamatan untuk mengenalpasti gelombang berikutnya

iii. Komunikasi

Terus memberi kemas kini kepada umum dan stakeholders tentang perubahan status pandemik

iv. Mengurangkan kecepatan penyebaran
Mengevaluasi keberkesanan langkah-langkah untuk mengemaskini garis panduan, protokol dan algoritma.


v. Kelangsungan Pembekalan Rawatan Kesihatan
Merehatkan, menambah sumber, mengkaji pelan dan membina perkhidmatan yang perlu.

Fasa 5 telah merentasi sempadan negara, dan fasa 6 melangkaui wilayah WHO.


FASA

Tempoh Selepas Pandemik: Tahap T-Virus telah kembali kepada tahap T-virus musiman di negara-negara yang mempunyai pemantauan yang memadai.

LANGKAH-LANGKAH:
i. Koordinasi dan Perancangan
Mengulang semak pengajaran yang didapatkan, dan berkongsi bersama komuniti internasional. Mengisi ulang sumber.

ii. Pemantauan Situasi dan Pengamatan
Memeriksa sifat pandemik, pemantauan keadaan dan alat penilaian untuk pandemik berikutnya dan kecemasan kesihatan awam yang lain.

iii. Komunikasi
Menghargai secara umum jasa-jasa semua komuniti dan sektor yang terlibat, mengkomunikasikan pengajaran yang didapati, dan menggaul pengajaran tersebut dalam aktiviti komunikasi dan persediaan pandemik berikutnya.

iv. Mengurangkan kecepatan penyebaran

Melakukan evaluasi terhadap intervensi yang dibuat


v. Kelangsungan Pembekalan Rawatan Kesihatan

Evaluasi respons sistem kesihatan terhadap pandemik, dan berkongsi pengajaran.




p/s: Bahagian tentang FASA DAN LANGKAH-LANGKAH adalah bersumberkan WHO Pandemic Preparedness Phase and Action of Influenza. Anda boleh menggantikan semua perkataan T-Virus kepada Influenza virus.


Untuk T-virus, setakat ini tiada risiko pandemik langsung, dan T-virus hanyalah fiksyen sains. Tapi siapa tau kalau tiba-tiba virus rabies, virus HIV, virus Influenza dan virus-virus lain mengalami mutasi rekombinan dan jadilah virus zombie? Maka pakailah nasihat saya yang di atas.

Seperkara lagi, kalau anda memang berada di dunia yang dijangkiti pandemik Zombie T-Virus, maka, bunuhlah zombie tu cepat-cepat. Tak payah isolasi la itu lah ini lah... okey bye. Harap maklum.



akankah virus Rabies (menyebabkan simptom-simptom gangguan otak)
dan virus Influenza (cepat merebak, cepat berubah, cepat berjangkit)
mengalami mutasi genetik dan menjadi T-Virus?





Rujukan (semuanya dalam bentuk pdf object):
1. WHO: Whole of Society Pandemic Readiness
2. WHO:
Consideration of Exercise of Planning
3. WHO:
Pandemic Phase
4. WHO: Checklist for Influenza Pandemic Preparedness Planning

Wednesday, December 1, 2010

T2: AIDS mengingatkanku kepadanya...

Semalam, kecoh Facebook pasal AIDS... saya pulak, macam masih terpinga-pinga... oh, baru saya perasan, besok 1 Disember, adalah Hari AIDS Sedunia. Semalam, saya dah pun mendedikasikan sebuah post untuk Hari AIDS. Hari ini saya akan berbicara hal-hal ilmiah sedikit.

AIDS memang mengingatkan saya tentang sesuatu... mengingatkan saya tentang Task Shifting (Pengalihan Tugas)... salah satu dedikasi sistem kesihatan kepada pengawalan AIDS.

Sejarah Task Shifting

Persidangan Global Pertama tentang Task Shifting (Pengalihan Tugas) yang diorganisasikan oleh WHO telah diadakan di Addis Ababa (Ethiopia) pada 8-10 Januari 2008.

Salah satu masalah yang dihadapi dalam mengekang pandemik HIV/AIDS dan akses global kepada perkhidmatan kesihatan adalah kekurangan tenaga kerja. Krisis ini terjadi di 57 negara, 36 daripadanya negara-negara Afrika.

Dengan bertemakan Treat, Train, Retain (Rawat, Latih, Kekalkan) Task Shifting merupakan satu insentif kesihatan awam dan kerajaan dalam membendung masalah ini. Dalam Task Shifting, pembahagian semula tugasan dalam kalangan pekerja kesihatan dilakukan secara rasional, dengan saranan dan panduan yang dipersetujui secara global.



Standard WHO untuk bilangan doktor dan jururawat bagi 100 000 orang,
Perbandingan negara-negara Afrika.


5 bidang kajian Task Shifting :

  • Organisasi perkhidmatan rawatan klinikal dengan pendekatan Task Shifting.
  • Mekanisme jaminan kualiti untuk Task Shifting, termasuk penetapan piawai latihan dan peperiksaan
  • Definisi untuk bingkai peraturan terkait untuk menyokong Task Shifting.
  • Pandangan dan penglibatan orang-orang yang hidup dengan HIV/AIDS
  • Implikasi pembiayaan dalam pendekatan Task Shifting

Saranan Task Shifting

Terdapat 22 Saranan dalam Task Shifting kepada negara-negara terbabit, dibahagikan dalam 5 skop.

A. Saranan-saranan untuk mengambil Task Shifting sebagai inisiatif kesihatan awam

1. Keperluan Task Shifting dalam masalah keterbatasan sumber manusia,
2. Perbincangan bersama stakeholders yang terbabit,
3. Bingkai kerja Task Shifting yang diterima diperingkat nasional di sektor-sektor kritikal,
4. dan keperluan informasi demografik - sejauh mana sumber manusia yang boleh dipakai dan sejauh mana Task Shifting sudah berlaku.
B. Saranan-saranan untuk mencipta persekitaran undang-undang yang membenarkan Task Shifting

5. Semakan Undang-undang sedia ada perlu dilakukan untuk mempromosi dan melindungi cadres.
6. Strategi fast-tract dalam pendekatan untuk semakan undang-undang
C. Saranan-saranan untuk menjamin mutu rawatan

7. Mencipta mekanisme menjamin mutu rawatan - tetapan proses, pemantauan, dan peningkatan kualiti.
8. Menetapkan tanggungjawab dan tahap kecekapan cadres
9. Pendekatan latihan yang sistematik harmoni, berbasis kecekapan dan piawai, dan akreditasi kepada semua tenaga kesihatan mengikut tahap kecekapan yang dipunyai oleh mereka.
10. Program latihan dan pendidikan berpanjangan, dan selalu terikat dengan pensijilan, pendaftaran, dan peningkatan karier yang diiktiraf secara nasional.
11. Penyeliaan pendukung dan pemantauan klinikal disediakan secara berstruktur mengikut team.
12. Memastikan prestasi cadres dinilai mengikut tanggungjawab yang ditetapkan, piawai dan tahap kecekapan
Task Shifting untuk Perkhidmatan HIV/AIDS...
Perbandingan dengan Tugas Tradisional


D. Saranan-saranan untuk menjamin keberlangsungan

13. Penyediaan insentif yang sesuai untuk pekerja kesihatan dengan penambahan tugas.
14. Upah yang cukup untuk pekerja tetap dalam kesihatan, dan insentif yang sesuai.
15. Negara dan penderma harus memastikan pelan Task Shifting mempunyai dana yang cukup.
E. Saranan-saranan tentang organisasi perkhidmatan rawatan klinikal

16. Mempertimbangkan jenis-jenis Task Shifting yang perlu diambil sesuai dengan keadaan.
17. Sistem Referral (Rujukan) yang effisyen untuk menyokong decentralization.
18. Ahli klinik bukan doktor (Non-physician clinicians/NPC) secara selamat dan effektif boleh mengambil kebanyakan tanggungjawab klinikal dalam konteks terbabit
19. Jururawat dan bidan secara selamat dan effektif boleh mengambil kebanyakan tanggungjawab dalam perkhidmatan HIV dalam konteks terbabit.
20. Pekerja kesihatan masyarakat (termasuk pesakit HIV/AIDS) secara selamat dan effektif boleh mengambil tanggungjawab tertentu dalam perkhidmatan HIV dalam konteks terbabit.
21. Pesakit HIV/AIDS yang tidak terlatih dalam kesihatan harus bertanggungjawab dalam sebahagian aspek rawatan diri, mendukung yang lain dalam membenteras stigma dan diskriminasi.
22. Cadres, seperti ahli farmasi, ahli makmal, ahli teknik farmasi dan makmal, pengurus dan pentadbir harus turut menggembleng tenaga dalam spektrum kesihatan yang lebih luas.
Disket Task Shifting. Alur Hierarki Pengalihan Tugasan



Glosari:

*Stakeholders - orang yang berminat, mempengaruhi dan dipengaruhi secara langsung oleh sesuatu muamalat.
*Cadres - sekumpulan manusia yang dilatih dengan tugas yang spesifik.
*Decentralization - proses pengagihan kuasa/tanggungjawab daripada pusat kepada pengurusan yang lebih bawah.

Rujukan:

1. First Global Conference on Task Shifting
2. Task Shifting: Rational Redistribution of Task among Health Workforce Team
3. Wikipedia: Decentralization


Tuesday, November 9, 2010

T1: Sistem Kesihatan?? Duh ~;~ Apakah?


“Oh ya, add another one unfamiliar term for me, Health System,” kata Imut dalam bahasa Inggeris

“Hmmm… okay. Who have the definition of Health System?” balas Leader
Keheningan memenuhi ruang tutorial kumpulan 11.

Leader memandang Over yang selalunya sarat dengan definisi-definisi. Kali ini, Over diam membalas pandangan. Ahli-ahli tutorial saling memata-matai (spying over) nota tutorial tutorial kawan-kawan dihadapan dan di sebelah.

“Health system is system for health la…Duh ~;~ Apakah?!”

Oleh sebab ketidakpuashatian Leader, maka, definisi Health System (Sistem Kesihatan) dijadikan Learning Objective (Matlamat Pembelajaran) pada saat itu juga.


Kenapa perlu tahu tentang Sistem Kesihatan? Hello, Saya nak jadi doktor perubatan klinikal, bukan nak jadi doktor atau pakar Kesihatan Awam (Public Health doctor or specialist) ~!

Urmmm… nak tau kenapa? Sebab kita telah pun menjadi sebahagian daripada sistem kesihatan apabila menjadi pelajar perubatan, kerana itu kenalah tau. Sama macam, jadi manusia di muka bumi tapi tak tau apakah bumi… susahlah.

Apakah Sistem Kesihatan? Ups… Apakah sistem terlebih dahulu?

Secara umum dan ringkasnya, sistem merupakan kesatuan atau kumpulan komponen yang berkoneksi. (Mnemonic = 3K = Kesatuan/Kumpulan + Komponen + Koneksi).
Tak nak cakap panjang… kita beralih kepada Sistem Kesihatan. Kalau nak berbincang lebih lanjut tentang sistem, maka, rujuklah “P1: Laporan Yang Ditolak (The Rejected Report)”.
Sistem kesihatan adalah kesatuan komponen (pertubuhan, institusi, sumber daya dan manusia) yang mempunyai matlamat utama untuk meningkatkan kesihatan. 1, 2

Komponen?

Sistem Kesihatan ada beberapa komponen utama. Setiap komponen ini merupakan sub-sistem sistem kesihatan yang bergerak sendiri seperti sistem-sistem kecil. Menurut konsensus, terdapat 6 komponen utama sistem kesihatan iaitu 3:
  1. Kewangan Kesihatan
  2. Sumber Manusia
  3. Perkhidmatan Kesihatan
  4. Pemerintahan dan Undang-Undang
  5. Pemerolehan dan Pengagihan Ubat-ubatan dan komoditi
  6. Sistem Informasi Kesihatan


Komponen Sistem Kesihatan - tak sama dengan komponen yang saya setujui, namun tetap boleh dijadikan contoh


Matlamat dan indikator sistem kesihatan adalah 4:

1. Menaikkan taraf kesihatan masyarakat.

Indikator
  • Jangkaan Harapan Hidup sewaktu Kelahiran (Life Expectancy at Birth).
  • Nisbah Kematian Ibu Bersalin (Maternal Mortality Ration).
  • Nisbah Kematian Bayi (Infant Mortality Ratio).
  • Kadar penyakit.

2. Meningkatkan kecekapan pelayanan kesihatan, seperti yang dikehendaki oleh masyarakat, dan meningkatkan responsif pengguna

Indikator:
  • Bancian Kepuasan Pelayanan Kesihatan
  • Bancian Ekuiti Pelayanan Kesihatan.

3. Perlindungan daripada risiko kewangan dan sosial.

Indikator:
  • Peratusan populasi dengan perlindungan insurans



Demikianlah input dan output dalam sistem kesihatan. Sistem kesihatan mengintegrasi input seperti sebuah mesin yang mengolah bahan-bahan menjadi barangan akhir, sesuai dengan matlamat mesin tersebut...





Sumber
  1. Lecture Note 1:20 (Lecture Note pertama, slide ke-20)
  2. Laman Web WHO
  3. Lecture Note 1:29-31
  4. Wikipedia