Secangkir Madu dan Buluh Perindu

Blog ini direka sebagai salah satu kontrak pengujian dalam block PBL 4.2 Health System and Disaster. Penulis menggunakannya sebagai wadah perkongsian ilmu, dan merupakan salah satu cara penguatkuasaan peraturan peribadi saya iaitu "sehari belajar satu jam". Hehehehe~

Untuk tujuannya, Blog ini berpengantar bahasa Melayu Malaysia kerana beberapa sebab.

Untuk lebih lanjut, anda boleh merujuk pada mukaddimah "Sekalung Wadah Sebelum Meredah... (';')".

Those who didn't understand what I'm talking about, you can proceed to my introduction in English on the topic "Flower Necklaces at The Entrance" or translate my writing at Google Translator.

Terima Kasih, Thank You Very Much.

Thursday, November 11, 2010

P1: Laporan Yang Ditolak (The Rejected Report)

Pada 2 November 2010, hari bulan sabit tua di langit, kami mendapat tahu daripada mulut Prof. Dr. Laksono (bukan nama sebenar) bahawa laporan sessi praktikal kami telah ditolak. Kami dengan kecewa menerima berita tersebut dan bertungkus-lumus untuk membuat laporan yang baru.

Alasan laporan kami ditolak adalah “tidak mewakili objektif sessi praktikal”. Kami menganalisis laporan kami. Logik juga alasan tersebut. Masakan hanya satu perenggan saja dipakai untuk merangkum isi-isi yang diingini oleh objektif sessi praktikal, manakala pengetahuan teoritikal mengenai sistem dibincangkan dengan terperinci. Okey, memang macam artikel sistem, bukan laporan sessi praktikal. Prof mempunyai alasan untuk menolak laporan kami. Sigh…

Dalam post kali ini, penulis akan bercakap secara teoritikal mengenai “sistem”. Laporan sessi praktikal tidak memerlukan isi-isi ini tetapi, sepertinya kita harus tahu teorinya juga. Saya akan memberikan contoh mudah iaitu… RAHSIA… baca je la sampai habis. (Gulp? Mudah ker?)

Definisi Sistem

Pelbagai definisi sistem cuba diketengahkan. Saya mengambil definisi paling umum dan paling ringkas pada perenggan ini. Sistem adalah kesatuan komponen yang mempunyai koneksi antara satu sama lain (Mnemonik 3K: Kesatuan + Komponen + Koneksi). Mudahkan?

Ciri-Ciri Sistem

Sistem pun ada sifat-sifat juga. Banyak teoris yang memberikan pandangan masing-masing tentang sifat-sifat sistem. Saya mencerna dan mensistesis sifat-sifat lazim untuk dikongsi di sini. (Mnemonik: SHiPPs):
  1. Struktur => Objek, komponen dan komposisi sistem serta sifat-sifatnya.
  2. Hubungan internal => bahagian-bahagian dalam sistem berhubungan antara satu sama lain secara fungsional dan struktural. Terjadi integrasi, pertukaran tenaga dan material antara bahagian.
  3. Perilaku => Sistem melibatkan proses mengolah input, output, tenaga, informasi dan data, untuk berfungsi.
  4. Persekitaran => Sistem mempunyai batas yang mendefinisikan sistem dengan keadaan atau tempat di mana sistem itu berada. Sistem mendapat input daripada persekitaran dan mengeluarkan output ke persekitaran.

Elemen-Element Sistem

  1. Matlamat – sistem mempunyai matlamat. Tanpa maltamat, sistem tidak mempunyai arah. Sistem biasanya mempunyai lebih daripada satu matlamat.
  2. Input – bahan konkrit atau abstrak yang dimasukkan ke dalam sistem
  3. Proses – Pengolahan bahan-bahan input.
  4. Output – Bahan akhir yang menjadi tujuan sesuatu proses dalam sistem
  5. Batas – Keterbatasan sesuatu sistem dengan persekitaran yang menentukan ruang lingkup dan kemampuan sistem
  6. Feedback Mechanism (Mekanisme Umpan Balik) – Mekanisme yang digunakan untuk mengawal input dan proses, agar output dapat terus dikeluarkan berlandaskan matlamat
  7. Persekitaran – tempat di mana sistem itu berada. Persekitaran amat penting untuk kelangsungan sesuatu sistem. Sistem yang berinteraksi dengan persekitarannya dipanggil sebagai sistem terbuka. Sistem yang bertukar tenaga tetapi tidak bertukar bahan dengan persekitaran dikenali sebagai sistem tertutup. Sistem yang tidak bertukar tenaga dan bahan dengan persekitarannya dikenali sebagai sistem terasing.
Mnemonic: PUB MIPO


Sistem, batas, dan sub-sistem...




WTH?? Tak payah pening2 merumitkan keadaan... ni adalah Sistem juga~!
Ada Input,
Proses, Output dan Mechanisme Umpan Balik.



=)



No comments:

Post a Comment