Pada sabtu, 27 November 2010, saya dan 6 kawan-kawan batch 2007 Inter FK UGM telah meninjau keadaan di Posko Pengungsian (Pos Penempatan Sementara) Suvivor Bencana Merapi di Stadium Maguwoharjo.
7 Orang Angkatan 2007,
Sebenarnya, Dragon Ball ada 7 biji semuanya, dan dipegang oleh mereka. Tujuan kedatangan saya adalah untuk:1. Meninjau keadaan tempat dan survivor pengungsian bencana Merapi.
2. Mendapatkan maklumat mengenai keperluan prioriti semasa survivor bencana.
3. Melaporkan keadaan di penempatan survivor bencana kepada rakyat Malaysia umumnya, dan pelajar Malaysia di Yogyakarta khususnya.
4. Membantu apa-apa yang perlu.
5. Mempelajari keadaan sosial dan psikologi survivor di penempatan.
6.Membangkitkan rasa kepedulian terhadap warga yang terkena bencana dan kehilangan tempat tinggal.
Para Peninjau bertolak ke Stadium Maguwoharjo pada pukul 8 pagi dan tiba di sana pada jam 9 pagi. Kitorang kemudiannya melawat pos kesihatan Fakultas Perubatan (Medical Faculty) UGM dan kemudiannya ke Pos Logistik. Di pos logistik, kitorang menemui senarai keperluan survivor bencana.
Barang-Barang Prioriti untuk Para Pengungsi Bencana Merapi di Manguwoharjo
Kemudiannya kitorang mengelilingi kawasan stadium, dan penempatan survivor. Terdapat beberapa pos seperti pos agama (surau dan gereja), pos makanan, pos logistik, pos pendidikan, dapur dan pos kesihatan.
Kanak-kanak dan Rumah Ingatan Peribadi mereka yang sudah R.I.P Kat sana, saya turut berborak dengan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun. Lupa pula nama dia siapa. Dia menceritakan kepada saya mengenai keadaan dan ketakutannya ketika Merapi meletus - katanya goncangan bumi sangat kuat dan dia bersama-sama bapanya menaiki motor. Mbah dia pun turut dievakusi, namun telah pulang ke rumahnya. Kata dia, semua ahli keluarganya selamat. Alhamdulillah.
Interogasi (tak lah tengah bersembang)~!!!!
Kanak-Kanak dan 2 Duta ...???... untuk Merapi
Selepas bersiar-siar, Saya, Sue-Dien, dan E-Cah membantu menyediakan makanan di pos makanan sementara kumpulan mahasiswa lain mendapatkan informasi daripada pos psikologi tentang keadaan psikologi di sana. Kitorang membantu sekumpulan tentera menyediakan makanan. Kata mereka, ada 6500++ pengungsi, dan mereka menyediakan makanan lebih daripada 7500 untuk sukarelawan dan tentera sendiri.
Anak-anak rajin membantu ibu di dapurKami turut berbual-bual kosong mengenai ketenteraan di Indonesia. Kami turut menyentuh isu tentang rokok, cara-cara pencegahan dan berhenti merokok. (those soldiers like to smoke cigarettes, and even bring it as essential thing during their military training...)
Selepas itu, kami pergi ke Pos DINAS Kesihatan Sleman. Di sana kami bersembang bersama doktor, psikiatris dan ahli farmasi.
Kepada Group 6 Inter 2007, bilangan ubat mereka HANYA banyak ini.
Tak sampai 11,250 botol NaCl 0.9% pun. Kitorang balik rumah pada pukul 11.30 pagi. Oleh sebab post William lebih ekstensif mengenai perkara ini, kalau nak tau lebih lanjut, korang pergi la tengok pos William. Ada gambar saya kat situ... hehehehe~! Galeri Gambar:
Masalah Psikologi Sukarelawan. Bukan Pengungsi saja yang menghadapi masalah Psikologi
MAGUWOHARJO...
Survivor Merapi mencari rezeki dengan lukisan. Mereka menjual lukisan ini.
Pemberdayaan sumber manusia di Maguwoharjo.
Gambaran Allahyarham Mbah Maridjan dalam kenangan...
Keadaan di Pengungsian, bahagian bawah... (DITONJOLKAN HANYA UNTUK TUJUAN PENDIDIKAN) Kesimpulannya:
Jom Bareng ke Sana~!=)