Secangkir Madu dan Buluh Perindu

Blog ini direka sebagai salah satu kontrak pengujian dalam block PBL 4.2 Health System and Disaster. Penulis menggunakannya sebagai wadah perkongsian ilmu, dan merupakan salah satu cara penguatkuasaan peraturan peribadi saya iaitu "sehari belajar satu jam". Hehehehe~

Untuk tujuannya, Blog ini berpengantar bahasa Melayu Malaysia kerana beberapa sebab.

Untuk lebih lanjut, anda boleh merujuk pada mukaddimah "Sekalung Wadah Sebelum Meredah... (';')".

Those who didn't understand what I'm talking about, you can proceed to my introduction in English on the topic "Flower Necklaces at The Entrance" or translate my writing at Google Translator.

Terima Kasih, Thank You Very Much.

Wednesday, December 1, 2010

T2: AIDS mengingatkanku kepadanya...

Semalam, kecoh Facebook pasal AIDS... saya pulak, macam masih terpinga-pinga... oh, baru saya perasan, besok 1 Disember, adalah Hari AIDS Sedunia. Semalam, saya dah pun mendedikasikan sebuah post untuk Hari AIDS. Hari ini saya akan berbicara hal-hal ilmiah sedikit.

AIDS memang mengingatkan saya tentang sesuatu... mengingatkan saya tentang Task Shifting (Pengalihan Tugas)... salah satu dedikasi sistem kesihatan kepada pengawalan AIDS.

Sejarah Task Shifting

Persidangan Global Pertama tentang Task Shifting (Pengalihan Tugas) yang diorganisasikan oleh WHO telah diadakan di Addis Ababa (Ethiopia) pada 8-10 Januari 2008.

Salah satu masalah yang dihadapi dalam mengekang pandemik HIV/AIDS dan akses global kepada perkhidmatan kesihatan adalah kekurangan tenaga kerja. Krisis ini terjadi di 57 negara, 36 daripadanya negara-negara Afrika.

Dengan bertemakan Treat, Train, Retain (Rawat, Latih, Kekalkan) Task Shifting merupakan satu insentif kesihatan awam dan kerajaan dalam membendung masalah ini. Dalam Task Shifting, pembahagian semula tugasan dalam kalangan pekerja kesihatan dilakukan secara rasional, dengan saranan dan panduan yang dipersetujui secara global.



Standard WHO untuk bilangan doktor dan jururawat bagi 100 000 orang,
Perbandingan negara-negara Afrika.


5 bidang kajian Task Shifting :

  • Organisasi perkhidmatan rawatan klinikal dengan pendekatan Task Shifting.
  • Mekanisme jaminan kualiti untuk Task Shifting, termasuk penetapan piawai latihan dan peperiksaan
  • Definisi untuk bingkai peraturan terkait untuk menyokong Task Shifting.
  • Pandangan dan penglibatan orang-orang yang hidup dengan HIV/AIDS
  • Implikasi pembiayaan dalam pendekatan Task Shifting

Saranan Task Shifting

Terdapat 22 Saranan dalam Task Shifting kepada negara-negara terbabit, dibahagikan dalam 5 skop.

A. Saranan-saranan untuk mengambil Task Shifting sebagai inisiatif kesihatan awam

1. Keperluan Task Shifting dalam masalah keterbatasan sumber manusia,
2. Perbincangan bersama stakeholders yang terbabit,
3. Bingkai kerja Task Shifting yang diterima diperingkat nasional di sektor-sektor kritikal,
4. dan keperluan informasi demografik - sejauh mana sumber manusia yang boleh dipakai dan sejauh mana Task Shifting sudah berlaku.
B. Saranan-saranan untuk mencipta persekitaran undang-undang yang membenarkan Task Shifting

5. Semakan Undang-undang sedia ada perlu dilakukan untuk mempromosi dan melindungi cadres.
6. Strategi fast-tract dalam pendekatan untuk semakan undang-undang
C. Saranan-saranan untuk menjamin mutu rawatan

7. Mencipta mekanisme menjamin mutu rawatan - tetapan proses, pemantauan, dan peningkatan kualiti.
8. Menetapkan tanggungjawab dan tahap kecekapan cadres
9. Pendekatan latihan yang sistematik harmoni, berbasis kecekapan dan piawai, dan akreditasi kepada semua tenaga kesihatan mengikut tahap kecekapan yang dipunyai oleh mereka.
10. Program latihan dan pendidikan berpanjangan, dan selalu terikat dengan pensijilan, pendaftaran, dan peningkatan karier yang diiktiraf secara nasional.
11. Penyeliaan pendukung dan pemantauan klinikal disediakan secara berstruktur mengikut team.
12. Memastikan prestasi cadres dinilai mengikut tanggungjawab yang ditetapkan, piawai dan tahap kecekapan
Task Shifting untuk Perkhidmatan HIV/AIDS...
Perbandingan dengan Tugas Tradisional


D. Saranan-saranan untuk menjamin keberlangsungan

13. Penyediaan insentif yang sesuai untuk pekerja kesihatan dengan penambahan tugas.
14. Upah yang cukup untuk pekerja tetap dalam kesihatan, dan insentif yang sesuai.
15. Negara dan penderma harus memastikan pelan Task Shifting mempunyai dana yang cukup.
E. Saranan-saranan tentang organisasi perkhidmatan rawatan klinikal

16. Mempertimbangkan jenis-jenis Task Shifting yang perlu diambil sesuai dengan keadaan.
17. Sistem Referral (Rujukan) yang effisyen untuk menyokong decentralization.
18. Ahli klinik bukan doktor (Non-physician clinicians/NPC) secara selamat dan effektif boleh mengambil kebanyakan tanggungjawab klinikal dalam konteks terbabit
19. Jururawat dan bidan secara selamat dan effektif boleh mengambil kebanyakan tanggungjawab dalam perkhidmatan HIV dalam konteks terbabit.
20. Pekerja kesihatan masyarakat (termasuk pesakit HIV/AIDS) secara selamat dan effektif boleh mengambil tanggungjawab tertentu dalam perkhidmatan HIV dalam konteks terbabit.
21. Pesakit HIV/AIDS yang tidak terlatih dalam kesihatan harus bertanggungjawab dalam sebahagian aspek rawatan diri, mendukung yang lain dalam membenteras stigma dan diskriminasi.
22. Cadres, seperti ahli farmasi, ahli makmal, ahli teknik farmasi dan makmal, pengurus dan pentadbir harus turut menggembleng tenaga dalam spektrum kesihatan yang lebih luas.
Disket Task Shifting. Alur Hierarki Pengalihan Tugasan



Glosari:

*Stakeholders - orang yang berminat, mempengaruhi dan dipengaruhi secara langsung oleh sesuatu muamalat.
*Cadres - sekumpulan manusia yang dilatih dengan tugas yang spesifik.
*Decentralization - proses pengagihan kuasa/tanggungjawab daripada pusat kepada pengurusan yang lebih bawah.

Rujukan:

1. First Global Conference on Task Shifting
2. Task Shifting: Rational Redistribution of Task among Health Workforce Team
3. Wikipedia: Decentralization


No comments:

Post a Comment