Secangkir Madu dan Buluh Perindu

Blog ini direka sebagai salah satu kontrak pengujian dalam block PBL 4.2 Health System and Disaster. Penulis menggunakannya sebagai wadah perkongsian ilmu, dan merupakan salah satu cara penguatkuasaan peraturan peribadi saya iaitu "sehari belajar satu jam". Hehehehe~

Untuk tujuannya, Blog ini berpengantar bahasa Melayu Malaysia kerana beberapa sebab.

Untuk lebih lanjut, anda boleh merujuk pada mukaddimah "Sekalung Wadah Sebelum Meredah... (';')".

Those who didn't understand what I'm talking about, you can proceed to my introduction in English on the topic "Flower Necklaces at The Entrance" or translate my writing at Google Translator.

Terima Kasih, Thank You Very Much.

Thursday, December 2, 2010

Panel 1: Multiprofessional dalam Kerja Kumpulan



"Doktor tu bajet bagus la.... konon macam pandai sangat, belajar tinggi-tinggi, cucuk patient pun tak reti... Nak suruh nurse jugak yang buat..."

"Hello doktor, doktor tu doktor, saya ni MA, bukan doktor, doktor belajar tinggi-tinggi, gaji pun menggunung berbanding saya... kenapa saya pulak kena buat?"

"Eh, kurang hajar la orang lab ni, buat kerja lembab... menyusahkan aku jer"

"Nurse tuh, boleh bersembang kat kaunter tu... tak nampak aku tengah bergolok bergadai kena marah dengan pakar ni? Semua salah korang. Pemalas. Nak amek temperature pukul 6 pagi pun berkira."

Biasalah gossip-gossip macam ni kalau kat Malaysia, terutama bila korang jadi HO nanti. Kat Indonesia, tak pernah dengar menda-menda macam ni. First, kitorang belajar tugas orang lain (belajar setiap tahun kot, block ni paling ekstensif). Secondly, sebab teamwork bagus dan saling menghormati - budaya nusantara. Thirdly, semua orang tak suka mencapap, suka buat kerja n bercakap jer. Forthly, sebab tak der sistem compulsary HO kat sini (setakat ni).

Semalam, doktor Belladonna pulak menceritakan bagaimana masalah yang wujud dalam kumpulan sewaktu dia pergi ke kawasan bencana. Dominasi "parti" tertentu dalam kesihatan orang di penempatan semula, keengganan untuk bekerjasama dengan parti kesihatan yang lain, persaingan antara doktor untuk menunjukkan kehebatan masing-masing di medan bencana, dan pepecahan sistem.

Apakah faktor wujudnya semua nih? Tak nak istilah "kurangnya didikan agama dan nilai moral", yang selalu kita pakai dalam karangan PMR dulu kalau terjadi sesuatu benda buruk...

Mungkin korang boleh bagi idea yang lain, tapi saya nak tegaskan beberapa faktor:

1. Peribadi yang sombong, sentrism, dan individualistik.

Saya tak tau nak komen pasal hal ini. Budaya Melayu adalah budaya yang bersifat sosialis. Entah dari mana orang-orang nusantara mengambil prinsip Individualism dalam kehidupan seharian, nilai-nilai secara berkumpulan dan masyarakat diabaikan. Filosofi Ethical Egoism percaya bahawa agen moral adalah berbasiskan kepentingan peribadi. Seorang doktor sewajarnya TIDAK ego, kerana egoism adalah berlawanan dengan salah satu sifat professional doktor - Altruism.

Kerjasama akan terencat dengan egoism, dan kerjasama yang buruk merosakkan mood sesebuah team.


2. Kurangnya pendidikan tentang kemahiran kerja kumpulan sesama profesyen.

Pengetahuan tentang kerja kumpulan merupakan suatu kemahiran, ia bukan bakat atau sesuatu yang datang tanpa proses. Sebahagian institusi pendidikan perubatan tidak menerapkan nilai kemahiran kerja kumpulan. Penilaian akademik kadang-kala terlalu individualistik.

3. Kurangnya pendidikan tentang kerja kumpulan berlainan profesyen.

Kerjasama dan hubungan baik harus dipupuk sejak sebelum berlakunya sesuatu. Tak kenal maka tak cinta. Tak cinta tak boleh buat kerja.

Skop bidang tugas juga harus dijelaskan dalam pendidikan berlainan profesyen, sekiranya mereka nantinya akan bekerja sama dalam satu kumpulan.


4. Kurangnya kepercayaan antara ahli

Kepercayaan sangat penting. Anda perlu percaya orang yang anda sandarkan diri anda kepadanya. Dan kumpulan adalah tentang saling sandar-menyandar antara satu sama lain.

5. Sense of belonging dalam kumpulan tidak dipupuk

Sense of Belonging merupakan sesuatu yang perlu dipupuk. Saling hormat-menghormati dan harus mengiktiraf usaha dan kehadiran orang lain di dalam kumpulan anda. Kejayaan kumpulan adalah kejayaan bersama, bukan kejayaan doktor saja.

6. Kepimpinan tidak berkesan

"Aku lebih takut kepada sekumpulan kambing yang diketuai oleh singa, daripada sekumpulan singa yang dipimpin oleh kambing" - kata-kata hikmah.

Seseorang ketua harus mempunyai aura kewibawaan, sesuatu yang menyebabkan orang menurutinya selain berkata secara logik. Ketua harus mempelajari kelebihan dan kelemahan teamnya, menggunakan stail kepimpinan yang sesuai mengikut waktu yang sesuai. Kepimpinan juga sesuatu yang harus dipelajari. Kekuatan ketua akan dipancarkan ke segenap ahli team, dan mempengaruhi bagaimana kumpulan itu bereaksi.

7. Kurangnya komunikasi informal dan formal

Komunikasi informal sangat penting dalam menjaga hubungan antara ahli. Kurang komunikasi informal memberi dampak kepada mood kumpulan dan kerjasama. Komunikasi formal penting sebagai cara pengawalan pengurusan dan juga proses transfer informasi.

8. Kurangnya nilai kebersamaan dan matlamat yang sama

Nilai kebersamaan dan matlamat yang sama merupakan dasar sesebuah team, setiap ahli harus sedar akan perkara tersebut (atau disedarkan). Tak kira sebarang proses atau inputnya, output lebih penting.

9. Team di dalam Team, jikalau bersaing, akan memusnahkan Team

Team, dalam team bukan lagi satu kesatuan team yang saling memerlukan, maka team tersebut bukanlah suatu team lagi.


Rujukan:

1. Panel Discussion
2. Gossip-Gossip di Hospital Malaysia
3. Wikipedia: Individualism
4. Logik

=)

No comments:

Post a Comment