“Oh ya, add another one unfamiliar term for me, Health System,” kata Imut dalam bahasa Inggeris
“Hmmm… okay. Who have the definition of Health System?” balas Leader
Keheningan memenuhi ruang tutorial kumpulan 11.
Leader memandang Over yang selalunya sarat dengan definisi-definisi. Kali ini, Over diam membalas pandangan. Ahli-ahli tutorial saling memata-matai (spying over) nota tutorial tutorial kawan-kawan dihadapan dan di sebelah.
“Health system is system for health la…Duh ~;~ Apakah?!”
Oleh sebab ketidakpuashatian Leader, maka, definisi Health System (Sistem Kesihatan) dijadikan Learning Objective (Matlamat Pembelajaran) pada saat itu juga.
Kenapa perlu tahu tentang Sistem Kesihatan? Hello, Saya nak jadi doktor perubatan klinikal, bukan nak jadi doktor atau pakar Kesihatan Awam (Public Health doctor or specialist) ~!
Urmmm… nak tau kenapa? Sebab kita telah pun menjadi sebahagian daripada sistem kesihatan apabila menjadi pelajar perubatan, kerana itu kenalah tau. Sama macam, jadi manusia di muka bumi tapi tak tau apakah bumi… susahlah.
Apakah Sistem Kesihatan? Ups… Apakah sistem terlebih dahulu?
Secara umum dan ringkasnya, sistem merupakan kesatuan atau kumpulan komponen yang berkoneksi. (Mnemonic = 3K = Kesatuan/Kumpulan + Komponen + Koneksi).
Tak nak cakap panjang… kita beralih kepada Sistem Kesihatan. Kalau nak berbincang lebih lanjut tentang sistem, maka, rujuklah “P1: Laporan Yang Ditolak (The Rejected Report)”.
Sistem kesihatan adalah kesatuan komponen (pertubuhan, institusi, sumber daya dan manusia) yang mempunyai matlamat utama untuk meningkatkan kesihatan. 1, 2
Komponen?
Sistem Kesihatan ada beberapa komponen utama. Setiap komponen ini merupakan sub-sistem sistem kesihatan yang bergerak sendiri seperti sistem-sistem kecil. Menurut konsensus, terdapat 6 komponen utama sistem kesihatan iaitu 3:
- Kewangan Kesihatan
- Sumber Manusia
- Perkhidmatan Kesihatan
- Pemerintahan dan Undang-Undang
- Pemerolehan dan Pengagihan Ubat-ubatan dan komoditi
- Sistem Informasi Kesihatan
Komponen Sistem Kesihatan - tak sama dengan komponen yang saya setujui, namun tetap boleh dijadikan contoh Matlamat dan indikator sistem kesihatan adalah 4:
1. Menaikkan taraf kesihatan masyarakat.
Indikator
- Jangkaan Harapan Hidup sewaktu Kelahiran (Life Expectancy at Birth).
- Nisbah Kematian Ibu Bersalin (Maternal Mortality Ration).
- Nisbah Kematian Bayi (Infant Mortality Ratio).
- Kadar penyakit.
2. Meningkatkan kecekapan pelayanan kesihatan, seperti yang dikehendaki oleh masyarakat, dan meningkatkan responsif pengguna
Indikator:
- Bancian Kepuasan Pelayanan Kesihatan
- Bancian Ekuiti Pelayanan Kesihatan.
3. Perlindungan daripada risiko kewangan dan sosial.
Indikator:
- Peratusan populasi dengan perlindungan insurans
Demikianlah input dan output dalam sistem kesihatan. Sistem kesihatan mengintegrasi input seperti sebuah mesin yang mengolah bahan-bahan menjadi barangan akhir, sesuai dengan matlamat mesin tersebut...
Sumber
- Lecture Note 1:20 (Lecture Note pertama, slide ke-20)
- Laman Web WHO
- Lecture Note 1:29-31
- Wikipedia
Imran... Interesting btl cara u karangkan... hehehe...
ReplyDeleteNway, jawapan utk soalan yg u post kat page sy tu:
Tu dah post ke-4. Nape?
oh okey~! I nk tgk semua
ReplyDelete