Secangkir Madu dan Buluh Perindu

Blog ini direka sebagai salah satu kontrak pengujian dalam block PBL 4.2 Health System and Disaster. Penulis menggunakannya sebagai wadah perkongsian ilmu, dan merupakan salah satu cara penguatkuasaan peraturan peribadi saya iaitu "sehari belajar satu jam". Hehehehe~

Untuk tujuannya, Blog ini berpengantar bahasa Melayu Malaysia kerana beberapa sebab.

Untuk lebih lanjut, anda boleh merujuk pada mukaddimah "Sekalung Wadah Sebelum Meredah... (';')".

Those who didn't understand what I'm talking about, you can proceed to my introduction in English on the topic "Flower Necklaces at The Entrance" or translate my writing at Google Translator.

Terima Kasih, Thank You Very Much.

Thursday, November 4, 2010

I1: Sambutan Terbaik daripada Merapi





Oh Merapi cantik berseri,
meh sini aku nak jampi,

tolonglah berbudi dengan pekerti
,
jangan asyik marah-marah kami...



Malam ni penulis tidur lambat sebab siapkan laporan Pemikiran Sistemik. Kena buat semula sebab kena tolak mentah-mentah. Dari pukul 3 petang tadi buat benda alah tu, pukul 3 pagi baru siap.

Tengah tekun menaip, tiba-tiba telefon dan mesej masuk. Pasal Merapi lah. Ada yang minta aku telefon dr Junaidy supaya
evacuate student Malaysia. Ada yang inform keadaan sekarang. Ada yang mesej tindakan yang perlu dilakukan.




Block PBL 4.2 ni memang pasal Health System and Disaster. Kawan-kawan kata Merapi ni macam mengalu-alukan kehadiran kitorang untuk study block 4.2 pulak. Sambutan meriah pulak tu. Termasuk hari ni, dah dua kali hujan luar biasa turun kat sini. Sabtu lepas hujan abu. Hari ni pun hujan abu juga, katanya siap ada kerikil sekali membasahi atap...

Hmmm...
Insya-Allah kita akan dilindungi daripada awan panas atau lahar. Jikalau kita berpotensi untuk kena awan panas dan lahar dengan penilaian saintifik, kita akan mengungsi (evacuate) yer kawan-kawan~.

Apa pun, nak tampilkan balik Piawai Prosedur Operasi (SOP) kalau berlakunya hujan abu yang saya sebarkan melalui FB hari tu.

  • Tutup pintu dan tingkap rumah.
  • Keluar hanya bila perlu.
  • Keluar dengan pelindung penafasan.
  • Bawa ubat-ubatan berkaitan sekiranya alah kepada debu dan irritan.
  • Lindungi kornea anda daripada irritan. Basuh dengan air bersih (bukan air yang dah bercampur debu) jikalau debu masuk mata.
  • Pakai pakaian yang protektif.
  • Basahkan pelindung penafasan jikalau mahukan penapisan yang lebih efektif
  • Pakai kaca mata untuk melindungi kornea (atau helmet yang mempunyai pelindung muka jikalau berkenderaan menggunakan motor).
  • Tidak digalakkan memakai kanta lekap
  • Bersihkan kenderaan anda sebelum naik.
  • Sentiasa mengemaskini maklumat berkaitan dengan bencana tersebut di laman-lama terbabit.

Berhati-hatilah korang... Keadaan sekarang ini merupakan medan percaturan risiko. Apa-apa boleh jadi, tapi insya-Allah kita akan selamat selagi mana kita berusaha untuk selamat dengan menggunakan cara yang menyelamatkan.

Terima kasih~




Sumber:
  1. Pembentangan SOP Bencana Alam oleh Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia
  2. Manual SOP Bencana Alam terbitan Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia
  3. Vulcanic Eruption



No comments:

Post a Comment