Secangkir Madu dan Buluh Perindu

Blog ini direka sebagai salah satu kontrak pengujian dalam block PBL 4.2 Health System and Disaster. Penulis menggunakannya sebagai wadah perkongsian ilmu, dan merupakan salah satu cara penguatkuasaan peraturan peribadi saya iaitu "sehari belajar satu jam". Hehehehe~

Untuk tujuannya, Blog ini berpengantar bahasa Melayu Malaysia kerana beberapa sebab.

Untuk lebih lanjut, anda boleh merujuk pada mukaddimah "Sekalung Wadah Sebelum Meredah... (';')".

Those who didn't understand what I'm talking about, you can proceed to my introduction in English on the topic "Flower Necklaces at The Entrance" or translate my writing at Google Translator.

Terima Kasih, Thank You Very Much.

Showing posts with label Mukaddimah. Show all posts
Showing posts with label Mukaddimah. Show all posts

Monday, November 1, 2010

Flower Necklaces at The Entrance

This blog has been created as one of the contracts in Assessment of PBL Block 4.2 Health System and Disaster Medicine. Frankly speaking, this blog is one of the ways that the writer opt as the way to get “A” in the block assessment, after the whole previous block I only receive “fair-to-good” for my CGPA. Anyway, either been accepted or not, this blog surely will ensure me to study, and will be a medium of exchange of knowledge between the readers and me.

The contents of this blog are responsibility of the writer – a mere student of a Medical School. Views and writings in this blog are potpourri of professional views, and/or individual perspectives from the readers and me.


The title of this blog is in English due to limitation of letter. The writer will use English when appropriate. The medium language of this blog is Malaysian version of Malay Language, because my target readers are whom can speak in Malay. The rationales behind my choice of Malay as medium language are:

  1. Extensive explanation and discussion of Health System can be found in millions websites written in English. Rather than refer to my amateur BlogSpot, those who excellent in English will prefer to those sites. I lost my English-mediated readers in competitions, and Malay-mediated readers will not understand me most of the time.
  2. Nationally, (and internationally, of course) Anglicization dominates information exchange, yet considerable amount of Malaysians especially Malays, use Malay Language as medium of knowledge, resulted from Malay-mediated education system. Some of them have been left behind in global information exchange, and I think it is my responsibility to share my knowledge with those people. I’m not expecting them out of the blue to understand Health System, but at least I help them by translating most of my knowledge in understandable form.
  3. Malay Language is my mother tongue, and it is comfortable for me to pour ideas boundlessly in Malay. My medium of communication is Malay; ironically, I’m fully realized that my medium of knowledge is English. I afraid much of this transformation (Example: I know what “Bisul” is from my observation and conversation, I know what “abscess” is from medical books, but I just know that Bisul and abscess is same thing, few second ago, and I keep imagine that abscess looks like another thing before this.) I should do something so that I can explain my knowledge in my word, and translation is always an interesting.

At this point, I declare that the main medium of this blog is Malay Language, with wide freedom to use English for better understanding. Those who can speak Malay, understand English, and have knowledge on health system and disaster medicine, please help me to provide better translation when you detect incoherency between English terminology and the choice of word taken from my Malay vocabulary.


Sekalung Wadah Sebelum Meredah… (';')



Blog ini direka sebagai salah satu “kontrak” dalam pengujian Block PBL 4.2 kurikulum Fakulti Perubatan UGM tentang Sistem Kesihatan dan Perubatan Bencana. Jujur saja, tanpa malu-malu kucing, blog ini adalah salah satu cara penulis untuk mendapatkan nilai “A” dalam pengujian Block 4.2 setelah menerima GPK yang sekadar “biasa” dalam peperiksaan-peperiksaan sebelumnya. Namun, sama ada diterima atau pun tidak, blog ini akan memastikan penulis belajar, dan merupakan wadah perkongsian ilmu antara saya dan pembaca.

Segala kandungan dalam blog ini adalah tanggungjawab penulis – seorang mahasiswa Fakulti Perubatan. Pandangan dan tulisan dalam blog ini merupakan campuran antara pandangan yang bersifat “peribadi” daripada penulis dan pembaca, serta pandangan professional. Penilaian pembaca diharapkan, dan bimbingan professional disarankan.

Tajuk blog ini memang dalam Bahasa Inggeris kerana faktor keterbatasan huruf untuk tajuk. Penulis akan menggunakan Bahasa Inggeris apabila sesuai. Namun, bahasa pengantar utama dalam Blog ini adalah Bahasa Melayu (Malaysia), kerana penulis mensasarkan penutur Bahasa Malaysia sebagai pembaca blog ini.

  1. Penjelasan dan perbincangan ekstensif tentang Sistem Kesihatan dapat dijumpai dalam jutaan laman web berbahasa Inggeris. Daripada merujuk blog amatur saya, yang hebat berbahasa Inggeris tentu akan terdorong ke laman web terbabit. Maka, saya kehilangan pembaca bermedium Inggeris dalam persaingan, dan pembaca bermedium Melayu akan sering tidak memahami saya.
  2. Di peringkat nasional dan internasional, proses “Peng-Inggeris-an” menguasai pertukaran maklumat, tetapi masih ada orang Malaysia, khususnya Melayu, yang menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah pertukaran ilmu, kesan pengantaraan Bahasa Melayu dalam pendidikan. Sebahagian tertinggal dalam pertukaran informasi global, dan saya merasakan menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi ilmu dengan mereka. Saya tidak mensasarkan bahawa mereka akan faham tentang sistem kesihatan dengan tiba-tiba hasil usaha saya; tetapi sekurang-kurangnya saya menolong mereka dengan menterjemah sedikit ilmu saya dalam bahasa yang mereka fahami.
  3. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda saya, dan saya senang mencurah buah fikiran dalam bahasa Melayu tanpa batas. Bahasa komunikasi saya juga Melayu; ironisnya, saya turut menyedari bahawa ilmu saya berbasis bahasa Inggeris. Saya khuatir dengan keadaan diri saya sendiri. Sebagai contoh saya tau apa itu “bisul” dalam bahasa Melayu, bentuknya, ciri-cirinya dsb; dan saya tahu definisi “abscess” dalam bahasa Inggeris, pengubatannya, dsb tetapi saya baru menyedari bahawa “abscess” adalah bisul (sebelum ini saya membayangkan abscess adalah benda yang lain daripada bisul).Itu menyulitkan proses pembelajaran saya. Saya harus melakukan sesuatu agar saya boleh menjelaskan pengetahuan saya dalam perkataan dan proses penterjemahan kelihatan seperti sesuatu yang menarik untuk saya.

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa medium blog ini adalah Bahasa Melayu, dengan kebebasan luas untuk menggunakan Bahasa Inggeris untuk memperoleh kefahaman lebih. Kepada yang hebat berbahasa Melayu dan Inggeris serta memahami Sistem Kesihatan dan Perubatan Bencana, tolong berikan terjemahan yang lebih baik sekiranya anda mendapati ketidaksesuaian terminologi Inggeris dengan istilah Bahasa Melayu yang saya gali daripada perbendaharaan kata saya.

Sekian Terima Kasih... ';'